Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 4 September 2013

HARGA MINYAK :RAFIZI BERI CADANGAN BODOH JELAS NAZRI DAN SEDIA BERDEBAT

KUALA LUMPUR 4 Sept. -  Tindakan Pengarah Stategi PKR Rafizi Ramli yang meminta Menteri dan Timbalan Menteri mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk peruntukan wang petrol disifatkan satu cadangan bodoh.

Menteri Pelancongan Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau turut menyambut baik cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menggesa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berbuat demikian terlebih dahulu.

"Budak itu (Rafizi) bodoh. Dia bukan tahu apa, main cakap je. Dulu saya tidak terlibat dengan rasuah pun dia cakap saya terbabit dengan rasuah.

"Kita tidak cadang itu. Perkara itu datang dari mereka, jadi merekalah yang buat, saya sarankan Menteri Besar Selangor, Ketua Menteri Pulau Pinang dan exco kerajaan negeri mereka guna duit sendiri terlebih dahulu," katanya kepada media dalam majlis Warna-Warni Aidilfitri anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di sini malam ini.

Nazri turut menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Rafizi berhubung isu kenaikan harga minyak petrol RON 95 dan diesel baru-baru ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan itu mendesak kesemua Menteri Kabinet membayar wang petrol sendiri ekoran menyifatkan langkah Putrajaya menaikkan harga minyak sebanyak RM0.20 seliter sebagai menghukum rakyat yang sudah sedia bergelut dengan kesempitan kewangan.

Tiada ulasan: