Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 4 September 2013

GEMPAR !!PEMANDU LORI BUAT KECOH KEPUNG SPAD KETIKA MENJALANKAN TUGAS

KUANTAN :TERKINI !!! Lapan anggota pasukan penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dikepung sekumpulan pemandu lori ketika mereka menjalankan Ops Hippo di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini menurut satu sumber berita yang admin petik hari ini
Pengurus Kanan Penguatkuasa SPAD Wilayah Timur, Mejar Mohd. Shariff Jamal Abidin berkata, kejadian dipercayai dilakukan susulan rentetan penahanan beberapa buah lori dalam operasi berkenaan.
"Ops Hippo yang bermula 11 malam tadi telah menahan beberapa buah lori yang membawa muatan berlebihan di sekitar Bukti Besi, Dungun selain Semambu di sini.
"Kemudiannya pasukan penguat kuasa yang membuat pemeriksaan di sekitar Gebeng pada jam 1 petang tadi telah dikerumuni lebih 30 buah pemandu lori yang dipercayai tidak berpuas hati dengan operasi yang dijalankan itu,” katanya.
Beliau berkata tiada sebarang kekerasan dilaporkan berlaku ketika kepungan itu.selepas mendapat penjelasan serta bantuan daripada polis kesemua pemandu lori itu dapat disuraikan.

Tiada ulasan: