Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 15 September 2013

GARA GARA PAJAK DIESEL 208 SUBSIDI NELAYAN DI TARIK BALIK

KUANTAN 15 Sept - Sejumlah 208 nelayan telah dihentikan pemberian subsidi diesel oleh kerajaan ekoran bertindak memajak diesel tersebut kepada nelayan warga Vietnam.
  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejumlah 17 bot juga telah dibatalkan lesen ekoran pelbagai kesalahan termasuk dikendalikan oleh warga asing.
  • Keputusan ini sudah dipersetujui kabinet dan ia dibuat bagi menjaga kepentingan nelayan tempatan," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra bersama nelayan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, di sini, hari ini.
  • nelayan yang dibatalkan lesennya kerana memajakkannya kepada warga asing akan disenarai hitam dan tidak boleh membuat rayuan.
  • Kita tidak lagi boleh bertolak ansur memandangkan insiden sebelum ini yang jelas mengancam keselamatan nelayan tempatan. Soal keselamatan dan kebajikan nelayan tempatan sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan," katanya.
  • Pada 2 September lepas, tercetus pergaduhan antara nelayan pukat jerut tempatan dan nelayan Vietnam kira-kira 30 batu nautika dari Kuala Pahang, Pahang.
  • Kejadian dikatakan berlaku selepas nelayan tempatan marah dengan perbuatan nelayan Vietnam yang didakwa merosakkan unjang dan rumah ikan milik nelayan tempatan berkenaan.

Tiada ulasan: