Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 4 September 2013

GANGGUAN AIR DI KELANTAN LEBIH 1,400 PENGHUNINYA TERJEJAS TERUK SEJAK SEBULAN LALU

Kota Bharu:Admin ingat di Selangor sahaja mengalami masaalah air ini akan tetapi dari sumber BH juga didapati di Kelantan juga menghadapi masaalah yang sama menurut Jabatan Penjara Pengkalan Chepa di sini

Sumber berita yang Pendekar petik juga jelas mengatakan bahawa mereka terpaksa membuat catuan air kepada kira-kira 1,400 penghuninya apabila bekalan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) ke premis itu terjejas teruk sejak sebulan lalu. 

Pengarah Jabatan Penjara Pengkalan Chepa, Zawari Abd Rashid, berkata gangguan itu berlaku sejak lebih sebulan lalu dan semakin meruncing dua minggu ini sehingga memaksa pihak pengurusan penjara menjalankan catuan air kepada penghuninya. 


Katanya, lebih membimbangkan bahagian dapur untuk memasak paling terjejas teruk apabila paip tiada air sama sekali, menyebabkan air terpaksa diangkut daripada kolah simpanan. 

Beliau berkata, kolah simpanan biasanya diperuntukkan bagi keperluan penghuni melakukan kegiatan harian seperti mandi dan mengambil air sembahyang. 

“Berikutan gangguan itu, pihak pengurusan terpaksa mengarahkan penghuni jimat-cermat menggunakan air kerana sebelum ini, mereka dibenarkan mandi tiga kali sehari, selain mengambil air sembahyang. 

“Namun, akibat gangguan bekalan air, kami terpaksa mengarahkan warden di sembilan blok asrama ini berjimat-cermat dan menjalankan catuan air,” katanya selepas merasmikan Sambutan Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Penghuni Penjara Pengkalan Chepa 2013, di sini semalam. 

Tiada ulasan: