Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 14 September 2013

BAYI MAUT DI HEMPAP TV 29 INCI

Gombak: Seorang bayi perempuan maut selepas kepalanya dipercayai dihempap televisyen berukuran 29 inci (73.6 sentimeter) di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Taman Bersatu, Rawang, dekat sini, semalam.
Mangsa, Rabiatul Adawiyah Adlan Zulkarnain yang berusia setahun lapan bulan dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang akibat parah di kepala.
Berikutan itu, bapanya Adlan Zulkarnain Mustafa, 40, membuat laporan di Balai Polis Rawang.

Menceritakan kejadian itu Adlan berkata, dia menghantar mangsa bersama seorang lagi anak perempuannya berusia empat tahun ke pusat asuhan terbabit jam 6.20 pagi sebelum dia ke tempat kerja di sebuah bank di Kuala Lumpur.
Foto
ADLAN memangku jenazah Rabiatul Adawiyah sebelum dikebumikan, semalam.

“Bagaimanapun, 10 minit kemudian saya menerima panggilan telefon daripada pengasuh itu memberitahu kepala anak saya dihempap televisyen.MYMETRO

Tiada ulasan: