Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 4 September 2013

AMARAN KPDNKK DENDA RM100,00 BAGI PENIAGA YANG AMBIL KESEMPATAN NAIK HARGA BARANG

AMARAN KERAS dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK, Datuk Hasan Malek dalam satu sidang akhbar memaklumkan sumber berita yang Pendekar petik sedikit sebanyak melegakan kita dan diharap beliau dapat mengotakan janji dan membenteras setiap cubaan peniaga peniaga yang cuba mengambil kesempatan terhadap kenaikan harga minyak

Mennrut beliau lagi"Bagi memastikan tidak ada peniaga yang mengambil kesempatan dalam keadaan sekarang, seramai 1,845 anggota penguatkuasa dan 1,071 pegawai pemantau telah mula dikerah bagi mengesan kenaikan harga," ujar beliau selepas melancarkan Ops Harga 2013 peringkat kebangsaan.

Tambah beliau, peniaga menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh didenda sehingga RM100,000, dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau keduanya.

Sebagai pengguna, kita tidak sepatutnya hanya sibuk bercerita, hubungi KPDNKK jika harga barang dikesan naik.

Talian BEBAS TOL 1800-886-800.

Tiada ulasan: