Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 4 September 2013

A Samad Said ditahan !!!! Mana Mau Nyorok Erkk...


MANA MAU LARIK Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said akhirnya di jemput jugak heeeheee,beliau telah ditahan polis sebentar tadi bagi membantu siasatan berhubung insiden mengibar bendera selain Jalur Gemilang pada malam sambutan Ambang Merdeka, Jumaat lalu.

"Saya dalam perjalanan ke balai polis Dang Wangi.

"Saya dibawa tiga anggota polis," katanya yang dipetik dari laman mikro Twitternya, sebentar tadi.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah meminta Samad supaya menyerah diri.

Menurutnya, sasterawan itu merupakan antara tiga individu yang dilaporkan dilihat dalam insiden berkenaan.

Dua individu lain iaitu aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim dan aktivis politik, Hishamuddin Rais telah ditahan polis malam kelmarin di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Bagaimanapun, kedua-duanya telah dibebaskan pada jam 3.00 pagi semalam selepas diambil keterangan.

Tiada ulasan: