Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 27 Ogos 2013

KHAIRY JAMALUDDIN SOKONG WAYTHA MOORTHY BERUNDUR

PANAS cerita tentang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy ini belum berakhir lagi dan Pendekar amat bersetuju pada pandangan yang dilemparkan oleh saudara Khairy supaya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy terus digesa supaya berundur dalam kenyataan Khairy di dalam SH hari ini

P. Waytha seharusnya terus digesa supaya berundur daripada pentadbiran kerajaan jika gagal menghormati prinsip kebertanggungjawaban bersama dan timbalan menteri itu mempunyai saluran tertentu untuk menyampaikan maklumat dan pandangan kepada pihak lain termasuk menteri, dan bukannya mempertikai tindakan tertentu secara terbuka.
Terbaharu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata sebagai anggota pentadbiran, Waytha Moorthy tidak boleh membuat kenyataan sebagai seorang anggota badan bukan kerajaan (NGO).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mencabar Waytha Moorthy supaya berhenti memegang jawatan berikutan tidak puas hati dengan kematian lima lelaki dipercayai anggota kongsi gelap dalam operasi polis di Pulau Pinang, baru-baru ini.Ini disokong Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Khairy berkata timbalan menteri itu mempunyai saluran tertentu untuk menyampaikan maklumat dan pandangan kepada pihak lain termasuk menteri, dan bukannya mempertikai tindakan tertentu secara terbuka.

Tiada ulasan: