Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 31 Ogos 2013

Jika Terbukti Ahli Politik Terlibat Kongsi Gelap Tunggu Sahaja Akibatnya

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata polis tidak akan berkompromi malah akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu termasuk ahli politik sekiranya terbukti terlibat kongsi gelap.

Beliau yakin polis mampu mengumpul maklumat terperinci untuk membuktikan sesiapa sahaja yang terlibat kongsi gelap tidak kira ahli politik atau tidak.

"Malahan undang-undang juga akan dikuatkuasakan supaya polis tidak disalahtafsirkan berkompromi dengan penjenayah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Junaidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sin Chew Daily, Rabu lepas yang mengatakan sebilangan ahli politik ternama menaungi beberapa kumpulan kongsi gelap dan menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Kumpulan itu meliputi "Geng 04", "Geng 08", "Geng 21" dan "Geng 36" daripada kalangan kaum India; "Hong Shun Tang", "3821", "Wu Se Qi", "Hong Men" dan Hua Ji Dang" daripada kalangan kaum Cina; serta "Geng 3 Calit" daripada kalangan kaum Melayu.

Sementara itu, Menteri Muda Perumahan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata tindakan tegas patut diambil terhadap ahli politik yang didapati terlibat kegiatan kongsi gelap.

"Sejujurnya parti boleh mengambil tindakan susulan untuk memecat atau mengenakan tindakan disiplin mengikut perlembagaan parti.

"Tetapi ianya harus ada butiran lengkap, jangan hanya atas dakwaan (mereka terlibat) sahaja," katanya.

Dua hari lepas ketika hadir di program sambutan hari raya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata setakat ini pihaknya tidak mendengar penglibatan sebarang ahli politik dalam kumpulan kongsi gelap.

Polis akan mengambil tindakan sewajarnya jika siasatan membuktikannya, katanya.- Bernama

Tiada ulasan: