Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 12 April 2013

Mahkamah Tinggi tolak saman RM50 juta Nizar terhadap TV3


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman fitnah RM50 juta oleh bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap TV3 membabitkan tweet beliau mengenai number pendaftaran kenderaan WWW 1 yang berjaya dibida oleh Sultan Johor.


Hakim Datin Yeoh Wee Siam berkata, mesej tweet Mohammad Nizar jelas menyindir bahawa Sultan Johor telah menggunakan dana awam untuk memperoleh numbor pendaftaran kenderaan WWW 1 dalam bidaan itu.
Beliau berkata, mahkamah tidak bersetuju dengan cadangan Mohammad Nizar bahawa tweetnya perlu ditafsirkan berasaskan makna sebenar dan dipisahkan daripada sebarang fakta yang diketahui, implikasi dan pemahaman biasa mereka yang berfikiran waras.
"Berdasarkan pertimbangan di atas, mahkamah menolak saman plantif terhadap defenden-defenden. Kos akan ditanggung oleh kedua-dua pihak," katanya.
Mohammad Nizar menyaman TV3 dan penerbit Buletin Utama, Rohani Ngah membabitkan ulasan beliau mengenai nombor plet itu, yang dibida pada harga RM520,000 oleh Sultan Johor, Mei tahun lepas. - Bernama

Tiada ulasan: