Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 14 Februari 2013

[VIDEO]WAJIB UNDI UMNO KERANA ....!!!!!!!


KOTA BHARU: Umat Islam di negara ini perlu bersatu menyokong kerajaan pusat yang dipimpin oleh jemaah Islam, kata bekas Ahli Jawatankuasa Ulama PAS, Prof Madya Mohd Noor Idris. 

Mohd Noor berkata, menjadi kewajipan bagi orang Islam di negara ini untuk menyertai jemaah Islam di bawah satu panji bagi mengelakkan berlaku perpecahan yang lebih teruk di kalangan mereka. 


Adalah menjadi kewajipan bagi yang mengucap dua kalimah syahadah untuk menyertai jemaah Islam yang memerintah negara ini iaitu UMNO," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 


Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai lima badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa mewakili ulama dan pendakwah di Kelantan yang mahu umat Islam di negara ini menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang demi kesucian umat Islam. 

Lima NGO berkenaan adalah Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (UMMATI), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIP), Pendidikan Fakta (Pendita) dan Selamat Tinggal PAS (STP). 

Mohd Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Veteran UMNO Kelantan berkata, perjuangan PAS kini sejak bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah semata-mata untuk menguasai Putrajaya dan membelakangkan perjuangan menegakkan Islam

Tiada ulasan: