Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 27 November 2012

Tuduhan UMNO Tolak Dan Perlekeh Islam Satu Kenyataan Mengelirukan


KUALA LUMPUR, 27  Nov  - Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya berkata kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa UMNO tolak dan memperlekehkan Islam mengelirukan umum.
Menurut beliau Menteri Besar Kelantan itu sebenarnya menggunakan kaedah mantiq yang mana membiarkan orang ramai memberikan natijah terhadap kenyataannya itu.
“Orang ramai keliru dengan kenyataan Tok Guru itu. Beliau sebenarnya bercakap menggunakan kaedah Mantiq. Kaedah ini ada dua mukaddimah…..Dua mukaddimah satu natijah.
“Contoh….benda yang memabukkan adalah haram……Ini mukadimah pertama. Arak itu memabukkan adalah mukaddimah kedua. Natijahnya arak adalah haram. Apa kaedah mantiq yang tok guru Nik Aziz guna…..Mukaddimah pertama…Memperlekehkan Islam itu adalah murtad. UMNO tolak Islam. Erti UMNO tolak Islam bereti UMNO memperlekehkan Islam. Tetapi dia tidak bagi natijah itu dan beliau biarkan natijah itu orang menghukum. Ini masalah besar.
“Saya bukan mahu beliau berikan natijah dan begitu juga saya tidak minta beliau membiarkan natijah. Orang akan mudah menghukum UMNO itu murtad kerana memperlekehkan Islam. Ini kaedah Mantiq. “Jadi saya kira dalam hal ini walaupun Tok Guru tidak menyebutkan natijahnya kita faham berdasarkan dua mukaddimah yang beliau berikan. Memperlekehkan Islam adalah murtad….UMNO tolak Islam bererti UMNO memperlekehkan Islam maka UMNO adalah apa….. Itu natijahnya sebab memperlekehkan Islam.
“UMNO tolak Islam…tolak Islam  bererti memperlekehkan Islam. Jadi natijah ini yang kita tidak mahu. Salah besar apabila dilakukan seperti ini. Kat mana memperlekehkan Islam,” katanya dalam temubual ekslusif bersama UMNO-Online.my.
Beliau seterusnya menambah dasar Perlembagaan UMNO meletakkan bahawa UMNO menegakkan, mempertahankan dan mengembangkan agama Islam.
“Perkataan Islam merangkumi semua sepertimana Pas perjuangkan hari ini negara berkebajikan. Bila kita kata negara berkebajikan itu tak dinyatakan pun mana dalilnya mereka kata negara berkebajikan merangkumi semua..negara Islam semua sekali.
“Maka apabila UMNO mempertahankan, menegakkan Islam dan mengembangkan Islam bermaksud segala sistem yang berkaitan Islam itu kerja UMNO untuk disebarkan dan sebagainya.
“Maka satu perkataan yang salah Tok Guru katakan UMNO keluarkan Islam daripada dasar partinya..Tak kena dan tidak betul.inil. Saya bukan nak pertahankan  UMNO dan sebagainya. Kena adil dalam isu ini,” ujarnya.
Ujar beliau lagi dalam konteks berkenaan Nik Aziz dilihat kepada lebih untuk menghukum UMNO.
“Seterusnya perkataan kaitan dengan murtad, kaitkan memperlekehkan Islam. Kita kena ingat dan kita kena faham membaca hukum hukum dengan menghukum lain. Apa yang Tok Guru itu caranya nak menghukum UMNO sebab dia tidak kata sekiranya UMNO macam ni……jika UMNO tolak Islam…..jika UMNO perlekehkan Islam…. Kalau dia kata ini tidak mengapa.
“Sepertimana kita boleh kata jika Pas hina Islam..nampak…tetapi sekarang ini dia tidak sebut perkataan. Dia sebut UMNO tolak Islam…bahkan mempersoalkan agama apa..jadi ini saya katakan kaedah dan cakap seperti ini adalah menghukum dan bukannya membaca hukum.
“Jadi ini dua benda yang berbeza..apabila kita membaca hukum dengan mengatakan memperlekehkan Islam ini boleh terkeluar daripada Islam saya setuju 100 peratus dengan tok guru,“ katanya.

Tiada ulasan: