Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 12 September 2012

CUBAAN PAKATAN HARAMJADAH BUANG PERKATAN ISLAM DLM KAD PENGENALAN MUNGKIN ARAHAN D.A.P


6dM6h
DALAM usaha memastikan keutuhan perpaduan Islam di negara ini, kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat baru-baru ini dilaporkan sengaja membuat kita marah dengan telah membuat ketetapan bahawa ruang bangsa dalam semua dokumen rasmi kerajaan seperti kad pengenalan, sijil kelahiran dan sebagainya akan diisi dengan perkatan Malaysia sahaja.ini adalah satu idea yang terang2 menunjukkan kebodohan Pakatan dilaman suara pakatan rakyat
Ruang Agama dalam kad pengenalan dan dokumen rasmi lain yang sekarang didapati menjadi pertikaian banyak pihak terutama yang membabitkan mereka yang telah menukar agama juga akan dipadamkan terus.
Malah dengan selamba dan bersahaja mengatakan sesuai dengan peredaran semasa, ada kemungkinan perkataan jantina juga akan dikeluarkan bagi mengelak diskriminasi dan salah faham kepada pihak-pihak tertentu.tapi mereka sedar ke tak yang masalah besar akan timbul iaitu untuk menepati matlamat akhir perjuangan sebenar mereka iaitu menghapuskan status ‘bumiputera’ serta menyebarkan fahaman pluralisme dan liberalisme total.   Tindakan PR menerima baik malah menjulang para pejuang murtad dan LGBT seperti Ambiga dan yang seangkatan dengannya, sebagai wira dalam menentang kerajaan, adalah buktinya.jangan lah kita leka dengan masaalah besar yang akan timbul ni jangan sampai nasi menjadi bubur.  
Dengan kad pengenalan baru tersebut,sudah tentu sukar untuk mengenalpasti pertukaran agama mahupun jantina seseorang itu. cuba kita bayangkan masalah yang akan timbul jika jenazah seorang mualaf mungkin ditanam di perkuburan bukan Islam akibat tiada siapa dapat membuktikan agamanya.  Atau bagaimana jenazah seorang yang menukar jantina akan disembahyangkan apabila segala-galanya menjadi keliru antara kejadian alam semulajadi dengan peraturan ciptaan manusia.  

Dan bayangkan juga nasib kaum Melayu tanpa status bumiputera. Bagaimana agaknya peniaga-peniaga kita akan dapat bersaing dengan peniaga-peniaga Cina yang sedia mengawal ekonomi Malaysia?  Apakah jaminan mereka tidak akan didiskriminasi oleh peniaga, pengedar dan pembekal dari kaum Cina?  Bagaimana dengan anak-anak Melayu kampung yang miskin dapat menyaingi anak-anak bandar dan kaum lain dalam merebut peluang ke menara gading?    Bagaimana kita memastikan kaum Melayu yang rata-ratanya dari golongan pekerja dan pegawai kerajaan dapat mengimbangi jumlah penduduk di bandar-bandar besar jika tidak mampu membeli hartanah yang harganya menjulang tinggi?

Ini belum lagi dibincangkan mengenai senario kuasa politik yang sama kuat atau lebih berat di kalangan bukan Islam di dalam kabinet PR.   Dengan tekanan dari ‘pejuang hak asasi’ seperti Ambiga dan angkatannya, bagaimana kita memastikan yang pihak yang lemah terbela serta tuntutan Islam terlaksana dalam setiap krisis yang membabitkan Melayu dan Islam?

Begitu banyak persoalan dan permasalahan yang bakal timbul dengan cadangan kad pengenalan baru PR ini.   Tetapi, malang dan hairan sekali kerana PAS tidak pula membuat bising atau ‘berjihad’ menentang rancangan ini.   

Walaupun terdapat keraguan dan rungutan dari beberapa pihak di dalam PR tetapi tiada tentangan keras, dan akhirnya tenggelam begitu saja.  

Sewajarnya perkara ini tidak ditenggelamkan kerana ia bakal memberi impak yang besar kepada negara dan rakyat perlu menelitinya supaya tidak terngadah di kemudian hari.   Begitupun, kita pasti, ramai dari kalangan penyokong PR sendiri yang musykil dan kurang percaya dengan laporan ini. 

Tetapi, inilah yang disebut oleh pemimpin mereka dan ianya dilaporkan oleh laman web pro mereka.  Oleh itu, ia perlu diambil serius oleh setiap seorang dari rakyat Malaysia.   Jangan sampai tersilap memberi mandat kepada parti yang bertunjangkan liberalisme dan pluralisme.  Jangan sampai kita menangis air mata darah andainya generasi kita yang akan datang menghadapi krisis agama, bangsa dan juga jantina. Alasan perpaduan yang digunakan oleh PR sebagai asas cadangan kad pengenalan ini tidak boleh dipakai sama sekali.  Ini kerana Rakyat Malaysia telah pun bersatu sejak berpuluh tahun lalu.   Kalaupun ada cabaran yang menggoyahkan perpaduan dalam negara sebelum ini, ia tidak lain tidak bukan, datangnya dari parti pembangkang juga, seperti DAP pada 13 Mei dan PAS yang pada satu ketika menganggap kaum bukan Islam itu najis malah UMNO juga sebagai kafir. 

Oleh itu marilah kita sama2 tolak pakatan dan jangan biarkan mereka memecah belahkan keamanan Islam yang kita ada hari ini mereka ini sengaja membuat begini semata2 menarik minat pengindi bukan Islam dan sungguh terang lagi bersuluh kenapa kita harus tolak penukaran yang cuba dibuat oleh anu..war dan geng Pakatan mereka

Tiada ulasan: