Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 4 September 2012

AKIBAT BERSIH3.0 DI TANAH SUCI ARAB SAUDI BELUM MAKLUM KUOTA HAJI LAGI ?


Arab Saudi masih bermain teka teki dan masih belum memaklumkan kuota haji untuk 28,000 jemaah Haji  Malaysia bagi tahun ini dan walaupun kebiasanya ia dikeluarkan dalam bulan Ramadan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata ketika bersama rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Makkah baru-baru ini, beliau ada memaklumkan kepada Kerajaan Arab Saudi supaya maklumat mengenainya disampaikan kepada Malaysia secepat yang mungkin


bagi saya perbuatan itu harus dipertanggung jawab oleh nik aziz kerana beliau beria2 mengarahkan anak buahnya menyertai perhimpunan itu sekarang apa yang dilakukan pok nik sendiri buat masaalah mengapa beliau tidak pergi meminta maaf pada kerajaan Arab Saudi ini tidak orang lain yang susah dibuatnya.

bukan apa ini  kerana kita perlu membuat persediaan awal.ini lah akibat dari golongan yang tidak berfikir sebelum membuat masaalah dengan mencemar kesucian tempat yang mulia dengan membuat perhimpunan yang dianggap mencemar nama baik jemaah Malaysia ditanah suci.

“Namun, Tabung Haji sedang menggerakkan jenteranya secara intensif, termasuk pasukan di Makkah, Madinah dan Jeddah untuk mendapat maklumat awal daripada Arab Saudi.
“Malah, Selasa lalu saya minta Perdana Menteri atas hubungan beliau dengan Raja Abdullah (Raja Arab Saudi) agar dapat disegerakan makluman itu,” katanya selepas Majlis Konvokesyen Ke-9 Institut Profesional Baitulmal (IPB), di sini semalam.

Arab Saudi sebelum ini menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra, melahirkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan haram di Makkah dan Madinah pada 28 April lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan peruntukan kuota bagi jemaah haji negara tahun ini terjejas.

Sempena perhimpunan BERSIH 3.0 pada tarikh itu, sekumpulan rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Arab Saudi mengadakan perhimpunan di Makkah dan Madinah dengan memakai baju kuning serta memegang kain rentang `duduk bantah 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata ketika bersama rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Makkah baru-baru ini, beliau ada memaklumkan kepada Kerajaan Arab Saudi supaya maklumat mengenainya disampaikan kepada Malaysia.
Sekarang ini masa semakin suntuk dan bulan syawal masih belum menerima jawapan dan kita masih menunggu (keputusan Kerajaan Arab Saudi). “Kita perlu bersiap sedia dengan jemaah haji yang hendak bertolak kerana penerbangan kumpulan pertama ke Makkah insya-Allah pada 17 September.

sekarang ni siapa yang nak dipersalahkan kalau bukan orang2 yang menganjurkan bersih3.0 dan bagaimana nasib 28,000 ribu jemaah yang sedang menanti untuk menunaikan Haji tahun ni.


Saya berharap sungguh pihak pakatan tidak mengulangi perkara ini supaya para jemaah haji kita dapat menunaikan haji tampa ada masaalah.. sama ada kelewatan Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan keputusan kuota kali ini berpunca daripada perhimpunan itu, ATAU SEBALIKNYA INI HANYA ANDAIAN saya sahaja bukan apa kerajaan arab saudi dulu ada menghantar memorendum pada kita dulu tentang masaalah ni ini hanya andaian saya sahaja harap geng2 pakatan jangan terasa hati cuma apa yang pendekar nak ingatkan siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya itu sahaja...


Bagi Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula beliau mengatakan;-

“Kita tidak boleh jangkakan, tidak tahu pandangan Arab Saudi tetapi selalunya apabila bertemu, Arab Saudi ada pesan... Malaysia sebagai ikon kepada dunia untuk contohi disiplin. Apabila ada satu-satu perkara berlaku di negara itu, mereka mengambil perhatian yang tinggi.”

Mengulas isu khutbah Aidilfitri didakwa dikeluarkan Dewan Ulama Pas Kelantan yang mengajak umat Islam tidak menyokong Kerajaan Pusat, Jamil Khir berkata, pentadbiran agama di bawah tanggungjawab kerajaan negeri tetapi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ada mendapat maklumat serta aduan mengenainya dan akan diberi perhatian.


fikir2kanlah

Wassalam...


Tiada ulasan: