Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 5 Disember 2017

Orang yang di puja Pembangkang sahkan tiada salah laku dalam 1mdb

Pembangkang kehabisan peluru memfitnah Kerajaan

Peguambela terkemuka Mahkamah Agung Amerika Syarikat, Tom Goldstein menyatakan bahawa tiada sebarang elemen jenayah telah dilakukan oleh mana-mana individu yang dikaitkan dengan pengeluaran keluar wang 1MDB ke Amerika Syarikat.

Goldstein yang berucap di Criminal Litigation in The United States di UiTM pagi tadi menegaskan bahawa pihak-pihak yang membuat laporan ke Department of Justice (DOJ) USA perlu mengemukakan bukti-bukti bahawa wujudnya pengaliran keluar wang dari 1MDB ke mana-mana entiti atau organisasi di Amerika Syarikat.

Beliau hairan bagaimana seseorang yang tiada kena mengena dengan 1MDB boleh menyatakan wujudnya penyelewengan dan salahlaku ke atas entiti pelaburan strategik negara tersebut tampa mengemukakan sebarang bukti.

1MDB sendiri telah berjaya membuktikan bahawa ia tidak mengalami sebarang kehilangan aset, dana atau wang tunai, samada pengaliran wang ke Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain.

Masyarakat hari ini harus faham mengapa 1mdb diserang segala projek besar Kerajaan diambil alih oleh syarikat tersebut di zaman Mahadhir projek ini diserahkan pada kroni2 Mahadhir yang pastinya bukan kontraktor bumiputra

Pm rasa eloklah kita sokong dasar Kerajaan hari ini membantu bangsa kita sendiri mereka senang kita turut merasa bangga sehinggakan 1mdb ini lah yg banyak menaja jemaah menunaikan ibadah Hj pada Ajk masjid di Negara kita

Jikalau astro boleh korang langgan sehinggakan Syafikat itu untung berjuta hasilnya mereka hanya menderma dalam jumlah yang besar pada rumah agama mereka

Bangkit lah anak melayu jangan sesekali terpedaya dengan dakyah Tun M dan sekutu Dap nya ingatlah kerjasama bersama Dap merugikan Islam termaktub dalam perlembagaan Dap memperjuang hak samarata kebebasan beragama seperti yang tertulis dalam buku hannah yeoh speaker Kafir yg menolak usul Yb Sulaiman mahu memperkasa mahkamah Syariah di Selangor

Dalam pakatan sudah pupuskah melayu untuk di letak sebagai Speaker?admin pm harap berhentilah memfitnah Kerajaan pusat sama2 kita beri pendapat pada Ulul amri bagaimana hendak memajukan Negara

Dasar TN50 sungguh menakjubkan mana ada Tun M minta pendapat rakyat untuk rancang dasar2 Kerajaan seperti yang DS Najib buat sehinggakan bajet 2018 hasil dari maklum balas rakyat

Akhir kata dari pm selamat bersidang pada perwakilan2 nanti selamat berjuang demi Agama Bangsa dan Tanah air tercinta


Catat Ulasan