Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 17 April 2017

Terdesak mahu menang Pru14 campur tangan kuasa luar di pohon ?

Melalui kaedah demonstrasi, kuasa asing menggunakan rakyat sesebuah negara itu untuk me­runtuhkan kerajaan sedia ada dan ini lah agenda jahat puak yang tamakan kuasa, secara tidak langsung jika kita teliti perlakuan serta tindak tanduk mereka selari kearah politik mengarut

Untuk menjayakannya kuasa asing terbabit akan menyalurkan dana kepada kumpulan atau penganjur yang mengatur demonstrasi sama ada terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti pembangkang atau individu tertentu secara sulit. Modus operandi ini telah pun dilaksanakan dalam peristiwa ‘Arab Spring’ yang bermula di Tunisia pada Oktober 2010, diikuti demonstrasi rakyat yang berlaku di Mesir, Yemen, Syria dan Libya.

Kaedah demonstrasi jalanan terbukti berjaya meruntuhkan kerajaan yang dipilih rakyat. Pelbagai alasan digunakan oleh penganjur demonstrasi jalanan se­perti kononnya kerajaan sedia ada tidak demokratik dan penuh dengan penyelewengan.

Tuduhan-tuduhan itu berpunca daripada termakan dakwah kuasa besar melalui laporan-laporan antarabangsa kononnya sesebuah negara itu telah mencabuli hak asasi manusia ­sedangkan pencabulan hak itu tidaklah seteruk mana berbanding dengan kuasa besar yang membuat tuduhan itu.

Peristiwa ‘Arab Spring’ yang berlaku di beberapa negara Arab yang telah menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat melalui demonstrasi jalanan telah membawa kepada neokolonialisme akibat campur tangan asing.

Inilah yang berlaku di Tunisia, Mesir, Yemen, Syria dan Libya kesan daripada demonstrasi jalanan beberapa tahun lalu. Tidak sedikit nyawa yang terkorban dan kemusnahan harta benda dalam rusuhan ganas di jalan raya.

Sebelum sebuah kerajaan itu dijatuhkan secara tidak sah, pihak yang menentang membuat propa­ganda berbau fitnah serta menghasut perpecahan nasional bagi tujuan melemahkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sedia ada.

Malangnya, setelah jatuhnya kerajaan sedia ada, peluang kuasa asing untuk mencatur politik negara terbabit terbuka luas. Demokrasi baharu yang diperjuangkan oleh golongan yang menentang kerajaan tidak juga dikecapi dan konflik kepimpinan terus berlaku sehingga ke hari ini.

Hakikatnya, demonstrasi ha­ram akan membuka pintu kepada negara asing untuk menjayakan agenda mereka. Pemimpin yang dipilih sekadar boneka yang boleh dikawal umpama remote control oleh tangan-tangan ghaib. Yang nyata berlaku adalah neokolonialisme oleh kuasa asing.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka wajib menolak politik cara tidak sihat ini jangan sesekali gadai kemerdekaan yang kita ada hari ini pada sesiapa yang bermain politik kotor seperti ini tolak Pakatan Harapan kuburkan Pakatan pada Pru14 nanti

P/s admin @pm ..kita Rakyat Malaysia yang cintakan Negara jangan terpedaya dengan puak Pakatan Pembangkang yang gilakan kuasa ini masa depan anak cucu kita ada di tangan anda buat lah pilihan yang bijak pada Pru14 nanti
Catat Ulasan