Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 3 Februari 2017

Pas Cabar Dap Saman jika benar mereka bukan Anti Islam ?


Ramai Pemimpin serta Mufti gelar Dap anti Islam jadi berhati hati lah Melayu dengan agenda Dap dalam perlembagaan Dap sudah jelas apa yang mereka mahukan sedar lah Bangsa ku...

Bagi sahabat pm tentunya pelik dengan pergolakan antara dap dan Pas ini mereka saling serang menyerang namun hakikatnya harus kita kaji benarkah Pas hanya melawan Dap yang didakwanya musuh Islam no1 Negara?

Bagaimana pula tahaluf siyasi antara pas dan pkr yang kita tahu mereka bersama2 memerintah Selangor malah Exco Agama dipegang oleh pas dahulu seakan membisu dan gagal bersuara lantang dalam isu judi siber dan rumah urut?
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim hari ini mencabar Kerajaan DAP membawa isu campur tangan DAP didalam urusan pemfatwaan agama Islam ke Mahkamah jika ianya hanya fitnah dari PAS.
Beliau berkata, PAS mengetahui wujudnya campur tangan kerajaan DAP dan PKR Pulau Pinang dalam penfatwaan kerana wakil pasti Islam adalah salah seorang daripada Ahli Majlis Fatwa semasa dalam kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.
“Dakwaan PAS berasas sebabnya wakil PAS adalah salah sorang Ahli Majlis Fatwa semasa dalam Kerajaan PR.
“Bekas Mufti Dato Hassan ditamatkan kontrak sebagai mufti adalah disebabkan penentangan beliau ke atas campur tangan kerajaan DAP dalam isu fatwa.
“PAS ada bukti, sila bawa pas ke makamah. kita akan bongkarkan,” katanya yang dipetik melalui Facebook.
Sementara itu, Iszuree memetik kenyataan Mufti Negeri Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor yang berkata di Pulau Pinang sesuatu fatwa dibawa ke mesyuarat Exco terlebih dahulu sebelum fatwa itu digazetkan.
Menurut Iszuree, kaedah ini berlawanan Tatacara dan Prosedur Proses FATWA (NO.4) dilaksanakan.
Beliau berkata, dalam Prosuder Tatacara Fatwa tidak disebut perlunya dibawa atau table ‘kepada Exco ‘meeting’ terlebih dahulu sebelum digazetkan.
“Jelas sekali tidak ikut prosedur Tatacara Fatwa KHUSUSNYA Fatwa yang belum digazet telah dibentangkan dalam Exco ‘meeting’ yang dipengerusikan oleh ketua menteri DAP dan ketika inilah akan berlaku campur tangan sebab tidak mengikut selera DAP sama ada perlu dipersembahkan kepada agung atau tidak?,” katanya.
Tambah beliau lagi, sepatutnya ia digezet oleh Yang Dipertuan Agong dulu kemudian bentang dalam Exco meeting sepertimana yang terkandung dalam Tatacara Fatwa NO.4.
Baru-baru ini, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof telah mendakwa kerajaan DAP dan PKR Pulau Pinang mencampuri urusan proses penfatwaan apabila mengarahkan semua fatwa perlu melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) terlebih dahulu sebelum diluluskan sebagai fatwa.
Catat Ulasan