Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 31 Januari 2017

CAMPUR TANGAN DAP LAHNATULLAH TERHADAP INSTITUSI FATWA NEGERI P.PINANG ??

Berdasarkan maklumat yang diterima, DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan sengaja telah mencampuri urusan pemfatwaan apabila mengarahkan supaya semua fatwa yang diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang (JKFNPP) perlu melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri P.Pinang terlebih dahulu, sebelum dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA).

Dalam isu ini PAS semasa di dalam Pakatan Rakyat telah menyatakan bantahan secara tertutup kepada YB Dato' Abdul Malik Abul Kasim (Ahli MMK Agama). Namun, sehingga kini, amalan campur tangan dalam proses penfatwaan masih berlaku. Fatwa-fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang perlu dimaklumkan kepada mesyuarat MMK yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng terlebih dahulu sebelum dipersembahkan kepada YDPA.

Sedangkan menurut Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, fatwa tersebut hendaklah terus disyorkan kepada YDPA selaku Ketua Agama Islam di Negeri Pulau Pinang untuk diwartakan, tidak perlu melalui mesyuarat MMK.

Berdasarkan maklumat, terdapat fatwa yang telah 'dibekukan' oleh Kerajaan Negeri P.Pinang dan tidak dipersembahkan kepada YDPA, kerana tidak mengikut selera DAP dan PKR. Keadaan ini seolah-olah menjadikan MMK yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang lebih berkuasa daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dalam hal ehwal hukum orang Islam, secara tidak langsung meletakkan fungsi Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan YDPA lebih rendah daripada sepatutnya mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

Khamis, 19 Januari 2017

DALAM MENUNDUK MUHYIDDIN MENYONGGENG

DALAM MENUNDUK MUHYIDDIN MENYONGGENG

1. Terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menyahut cabaran saya untuk menyatakan kesetiaan beliau adalah kepada Tuanku Sultan dan Negeri Johor.

2. Namun, apa yang telah diterangkan di dalam kenyataan beliau secara keseluruhan tidak mencerminkan taat setia tersebut.

3. Saya bangkitkan soal kesetiaan kerana kemurkaan Tuanku Sultan yang diterbitkan oleh akhbar The Star mengenai kenyataan yang tidak berasas oleh Tun Dr Mahathir kononnya projek pembangunan Forest City yang merupakan sebahagian daripada Iskandar Malaysia bakal menyaksikan pembelian hartanah sejumlah 700,000 unit yang mana sebahagian besar merupakan warganegara China.

4. Tidak cukup dengan itu, Tun Dr. Mahathir turut menuduh bahawa kerajaan akan memberikan taraf kewarganegaraan kepada mereka yang langsung tidak masuk akal dengan mana-mana peruntukan undang-undang ataupun Perlembagaan Persekutuan.

5. Mungkin juga Tan Sri Muhyiddin terlepas pandang akan titah Tuanku Sultan yang menyatakan bahawa unit hartanah yang bakal dijual itu terletak pada kawasan tambakan laut yang bercirikan unit strata dan saya yakin ia bukanlah tanah pusaka seperti yang didakwa oleh beliau.

6. Malah, salah satu syarikat yang terlibat dalam usaha sama menjayakan projek ini merupakan milik penuh Kerajaan Negeri Johor yang mana saya yakin hasil pelaburan ini bakal meningkatkan ekonomi Negeri Johor sekaligus mampu untuk menaiktaraf kehidupan rakyat Johor itu sendiri.

7. Kenyataan Tan Sri Muhyiddin juga telah menunjukkan bahawa beliau tidak berbicara dengan angka dan fakta tetapi hanya persepsi semata-mata tanpa meluangkan masa untuk membuat kajian terlebih dahulu.

8. Soal keselamatan dan kedaulatan negara tidak terletak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga partinya itu tetapi adalah hak mutlak Yang di-Pertuan Agong seperti mana diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan Perkara 41 yang menyatakan dengan jelas bahawa 'Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan'.

9. Saya melihat walaupun Tan Sri Muhyiddin telah menyatakan taat dan sumpah setia kepada Tuanku Sultan dan Negeri Johor, beliau langsung tidak menunjukkan sebarang persetujuan terhadap titah Tuanku Sultan Johor.

10. Lebih mengecewakan lagi apabila Tan Sri Muhyiddin bersetuju dengan dakwaan songsang Tun Dr. Mahathir walaupun kenyataan itu telah mendapat kemurkaan Tuanku Sultan.

11. Inilah yang disebut-sebut selama ini sebagai ciri parti dan individu yang mahu membawa virus perpecahan ke dalam Negeri Johor.

12. Saya percaya bahawa rakyat Negeri Johor dapat melihat secara jelas di mana benar-benar letaknya taat setia Tan Sri Muhyiddin dan ia tidak dizahirkan terhadap Tuanku Sultan dan Negeri Johor.

Ab Aziz Kaprawi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Ketua UMNO Bahagian Sri Gading
#MuafakatJohor

Isnin, 16 Januari 2017

Isu Pelabur China: Sultan Ibrahim Bidas Komen Dr M

JOHOR BARU: Sultan Johor bertitah baginda amat tersinggung dan terluka dengan kenyataan politik yang diputar belit oleh ahli politik tertentu terhadap pelaburan China di negeri itu.

Titah baginda sekiranya perkara itu dibiarkan, ia akan mengusir pelabur-pelabur di negeri tersebut.

Dalam satu temubual eksklusif, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memetik nama Tun Dr Mahathir Mohamad kerana meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat Malaysia khususnya di Johor.

"Cukup-cukuplah. Setakat ini beta telah cuba mengawal diri daripada mengulas mengenai kontroversi membabitkan Forest City yang dibangkitkan Dr Mahathir dan penyokongnya.

"Namun Dr Mahathir sudah keterlaluan dengan memutarbelitkan isu ini. Beliau mendakwa kira-kira 700,000 rakyat China akan tinggal di JB dan taraf kewarganegaraan akan diberikan dan sebilangan besar tanah telah dijual kepada China.

"Beliau memberi gambaran bahawa Johor menyerahkan tanah kepada rakyat China malah membandingkan bagaimana kita menyerahkan Singapura kepada British," katanya dalam satu temubual di Istana Bukit Serene di sini.

Sultan Ibrahim berkata baginda tidak berniat untuk campur tangan dalam politik tetapi perlu menyatakan kebenaran kerana fakta mengenai isu tersebut telah diputar belit oleh mereka yang mempunyai niat tidak betul.

"Biar beta tanya kepada beliau - Forest City akan dibina di atas tanah yang ditambak dan kebanyakannya ialah unit kondominium. Dalam bahasa mudah, unit tersebut adalah di udara. Ia unit strata.

"Saya ingin bertanya kepada Dr Mahathir jika pembeli warga asing ini dapat membawa balik apartmen itu ke negara mereka atau membawa seinci tanah yang telah ditambak ini.

"Mari kita lihat bilangan warga asing yang membeli hartanah di Singapura. Adakah rakyat Singapura di republik itu bimbang? Tidak, mereka tidak bimbang, tapi sebenarnya mereka mengalu-alukan ekspatriat mewah di sana.

"Di sini, kita ada Dr Mahathir yang mewujudkan rasa takut dengan menggunakan isu kaum, hanya untuk memenuhi motif politiknya. Beliau tidak bodoh, beliau hanya pentingkan diri dan bersifat oportunis," titah Sultan Ibrahim.

Lakaran artis menunjukkan bandar raya pintar, Forest City yang dibangunkan di atas empat pulau buatan.
Sultan Ibrahim mengulas mengenai beberapa kenyataan dalam blog Dr Mahathir yang mendakwa sejumlah besar tanah di Johor Baru dijual kepada warga asing tanpa sekatan dan wujud penghijrahan secara besar-besaran warga asing di bandar baharu itu.

Dr Mahathir dipetik sebagai berkata ribuan unit (kediaman) sudah siap dibina di Forest City yang dibangunkan syarikat berpangkalan di China dan telah dijual kepada rakyat China.

Forest City apabila ia siap sepenuhnya kelak akan terletak di atas empat pulau buatan manusia di Iskandar Malaysia yang dibangunkan Country Garden Pacific View.

Sultan Ibrahim berkata projek pembangunan campuran di Forest City bukan hanya untuk pelabur China tetapi sesiapa sahaja di seluruh dunia termasuk rakyat Johor.

"Projek ini akan meluaskan saiz tanah di Johor dan kedaulatannya," titah baginda.

Jelas baginda, kewujudan Forest City akan memberi impak besar termasuk pendapatan bagi kerajaan negeri dari segi cukai dan menyediakan kira-kira 200,000 peluang pekerjaan.

Sultan Ibrahim turut bertitah urusan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukannya kerajaan Persekutuan.

Titahnya, SP Setia, sebuah syarikat dari Malaysia terlibat dalam pembinaan apartmen di Battersea Power Station di London dan kerajaan British turut mengalu-alukan projek dan pelaburan di bandar baharu itu.

"Adakah Dr Mahathir atau anak-anaknya memiliki hartanah di luar negara?," soal Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah, ramai pelabur datang ke Forest City turut mendapat manfaat daripada program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang dilancarkan pada tahun 2002 semasa dibawah pentadbiran Dr Mahathir.

"Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai perdana menteri, beliau telah meminta rakyat Malaysia untuk pandang ke Timur tetapi sekarang beliau mengkritik apabila pelabur Malaysia datang ke sini untuk melabur," titahnya.

Sebagai perdana menteri, Sultan Ibrahim bertitah Dr Mahathir telah memberi banyak perhatian dan keutamaan dalam membangunkan Langkawi berbanding beberapa pulau lain di negara ini.

Titah baginda, Dr Mahathir sedang bermain politik ketakutan dan kaum yang tidak mempunyai tempat di Johor kerana saya tak percaya kepada politik  kaum.

Beliau menghina pelabur hartanah China yang kaya. Mereka tidak terdesak untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia. Kebanyakan mereka mempunyai hartanah di negara lain, termasuk Australia dan United Kingdom.

"Mereka membeli hartanah di sini kerana mereka dapat melihat kepentingan strategik Johor.

"JB hanya beberapa minit dari Singapura dan Batam – dua negara berlainan.

"JB juga akan menjadi seperti Lembah Klang dengan hanya 90 minit perjalanan menggunakan keretapi laju sebaik sahaja Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura siap dibina," titahnya.

Sultan Ibrahim bertitah Johor Baru juga akan menjadi  kota raya utama kedua di Malaysia selepas Kuala Lumpur, seperti New York-Los Angeles, Beijing-Shanghai dan Sydney-Melbourne.