Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 14 Jun 2016

#PRKSGBESAR SPR IKUT TELUNJUK DAP BENAR PAPAN ÌKLAN BERUNSUR FITNAH DI PASANG SEMULA ??

Hairan bin ajaib mengapa papan iklan provokasi DAP sudah dipasang balik di sekitar Pekan Sekinchan ini,apakah SPR tidak mampu menguatkuasakan undang-undang Kempen Pilihan Raya atau hebat sangatkan kuasa Dap ini hingga mudah benar lepas dari SPR,atau ia cuba menunjukkan betapa hebatnya DAP  ini dalam tanggung jawab penguatkuasaan undang-undang Kempen Pilihan Raya.

Seperti sahabat pm sedia maklum dalam peraturan Kempen Pilihanraya jelas mengatakan hanya logo parti yang bertanding sahaja dibenarkan untuk dipasang di dalam kawasan Pilihan Raya malah di bawah Seksyen 4A Akta, menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pilihan raya antaranya apabila melakukan apa-apa perbuatan atau penyataan bertujuan mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan yang jika didapati bersalah boleh dipenjara maksimum lima tahun atau didenda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Dalam papan iklan diatas jelas DAP berniat jahat ,menipu dan cuba mengelirukan rakyat dengan niat agar para pengundi di sg besar percaya tuduhan mereka

Bagi admin pm sewajarnya SPR wajib bertindak menurunkan papan iklan yang berunsur fitnah tersebut 

Alasan yang diberi DAP sebelum ini apa yang dipasangkan itu bukanlah untuk kempen Pilihan Raya jelas tidak boleh diterima kerana di papan iklan itu tertera logo Parti Amanah (PAN) yang kini sedang bertanding di PRK Sungai Besar P093

Kempen begini jelas satu tindakan melampau,bersifat perkauman kita dikurniakan akal boleh menilai papan tanda itu jelas bahan untuk mereka berkempen dan jelas lah juga menjadi kesalahan dibawah undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam yang ternyata di bawah payung Kerajaan Negeri
Catat Ulasan