Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 8 Jun 2016

MB Selar Tindakan Pembangkang guna Fitnah untuk meraih undi

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyelar tindakan pembangkang yang terus memfitnah kerajaan negeri sebagai modal kempen mereka.
Beliau berkata, tuduhan liar mengenai hasil royalti balak dan keadaan kemiskinan di negeri disifatkan keterlaluan kerana tidak merujuk kepada fakta yang betul.
Katanya, kutipan hasil royalti balak oleh kerajaan negeri sebenarnya berjumlah antara RM57 juta hingga RM70 juta, dan bukan RM13 juta seperti mana yang dibangkitkan Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam ceramahnya sebelum ini.
"Amat malang apabila sebuah parti yang membawa branding agama menggunakan kesempatan dalam kempen pilihan raya dengan melemparkan fitnah-fitnah, pembohongan bersiri.
"Saya tidak mahu beliau (Mohammad Nizar) mencabar saya. Kita sebenarnya mengutip lebih banyak dari mereka. Tak usah terus membohongi rakyat kononnya mereka lebih baik dari kerajaan," katanya selepas sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di Bangunan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, di sini, hari ini.
Mengenai dakwaan Perak ketiga termiskin di Malaysia, Zambry memberitahu Perak sebenarnya berada pada kedudukan kelapan bagi kategori miskin tegar dan kedudukan ketujuh bagi kategori miskin di negara ini.
Catat Ulasan