Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 24 Jun 2016

DAP SUDAH MULA TAKUT HILANG KUASA CUBA SEKALI LAGI UNTUK SESATKAN PAS ??

USAHA DAP MEMUJUK PAS sudah jelas kelihaan kerana bimbang hilang kuasa di beberapa Negeri milik Pembangkang terutamanya di Pulau Pinang dan Selangor

DAP SEKALI LAGI MERENDAH RENDAHKAN PAS KONONYA PAS LEMAH BERBANDING MEREKA MALAH DI HINA KONON NYA PENGACAU
DOA KAMI PENDIRIAN PAS TIDAK BERUBAH INGAT SEGALA APA DAP LAKUKAN PADA MEREKA

Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberitahu jika berdasarkan keputusan PRK kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS bakal kalah semua kerusi DUN di Perak dan Selangor pada PRU akan datang.

Beliau berkata, dalam PRU lalu, PAS Selangor dan Perak masih boleh berbangga dengan masing-masing memenangi 15 dan lima kerusi Dun.

“Tetapi jika melihat trend pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS akan terus kehilangan pengaruh di Selangor dan Perak dalam PRU14, bahkan boleh kalah dalam semua kerusi DUN yang ditandingi mereka,” kata pemimpin veteran DAP itu.

Menurut Kit Siang lagi, apa yang menyedihkan ialah walaupun telah melalui selama 65 tahun dalam perjuangan politik di negara kita, Pas kini berperanan sebagai ‘pengacau’ dalam politik tanah air.

“Saya mencadangkan agar PAS menumpukan perhatian mereka dengan bertanding di empat negeri sahaja dalam PRU akan datang bagi mengelak pertembungan tiga penjuru seperti apa yang telah berlaku dalam dua PRK baru-baru ini.

“PAS sepatutnya hanya tanding di empat negeri ini iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, manakala PAN boleh tanding di negeri-negeri lain. Terpulanglah bagaimana kata sepakat boleh dicapai antara kedua-dua parti ini,” katanya.

Kit Siang berkata, dalam PRU lalu, PAS hanya kalah 399 undi kepada BN di kerusi Parlimen Sungai Besar, manakala di kerusi Parlimen Kuala Kangsar, PAS kalah 1,082 undi.

“Undi-undi yang diperoleh oleh PAS adalah hasil kerjasama ketika bersama dalam Pakatan Rakyat dan bukan usaha PAS secara bersendirian,” terang Kit Siang.
Sementara itu,Pemimpin kanan PKR Tian Chua tidak setuju dengan PAS yang mehu meletak syarat untuk berunding antara parti pembangkang.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu, bahawa PAS meletakkan syarat untuk bergabung dengan parti pembangkang sebagai persiapan menuju Pilihanraya umum ke-14 (PRU14).

Syaratnya adalah PAS tidak mahu menyerahkan atau mengorbankan kerusi mereka kepada parti lain selain pembangkang perlu komited untuk mengadakan pertandingan satu lawan satu pada PRU14 kelak.

Menurut Ahli Parlimen Batu itu, sebarang pra-sayarat yang diletakkan tidak membantu pembangkang dalam usaha ke arah kerjasama berdepan dengan Barisan Nasional (BN)

"Jangan jadikan pra-syarat sebagai halangan untuk duduk semeja.

“Tidak boleh letakkan apa-apa pra-syarat sebelum duduk semeja, sama ada mahu menegakkan hudud mahu pun (negara) sekular. Ini tidak membantu keadaan.

“Masing-masing perlu akui realiti politik di Malaysia bahawa pembangkang perlu bersatu untuk melawan BN,” katanya yang dipetik FMT.

Beliau berkata lagi, sebarang bentuk kerjasama boleh dicapai melalui rundingan yang dijalankan secara ikhlas dan dengan pendekatan ‘mengenepikan kepentingan tunggal parti masing-masing’.

Cadangan agar semua pembangkang untuk kembali bekerjasama dibincangkan selepas kekalahan PAS dan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar dengan jurang undi yang melebar.

Malah ada pihak yang mengatakan usaha Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang cuba mencapai persetujuan dengan PAS sebelum PRK berlangsung sebagai pendekatan yang tepat.

Tian Chua berkata, PKR sememangnya sejak dari awal konsisten menegaskan betapa perlunya perpaduan parti-parti pembangkang.

Beliau berkata lagi, sepanjang 50 tahun politik negara jelas menunjukkan pembangkang akan mencapai kemenangan yang lebih baik apabila membentuk gabungan.

“Sama ada Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif sehinggalah kepada Pakatan Rakyat. Dan apabila gabungan berpecah, BN sentiasa akan meraih kembali sokongan. Bukankah ini sudah jelas?” katanya lagi.

Difahamkan, Pakatan Harapan berharap akan membuat keputusan menentukan hubungan dengan PAS sedikit masa lagi.

Presiden PAN Mohamad Sabu berkata, dalam PRK Sungai Besar baru-baru ini telah mewujudkan satu hubungan yang agak rumit antara PAN dengan Pas.

“PAS dan PAN adalah parti yang menganggotai pentadbiran kerajaan Selangor. Namun, jentera PAN kata mereka dan PKR adalah kerajaan Pakatan Rakyat dalam kerajaan Selangor, manakala jentera PAN pula kata mereka dan PKR adalah kerajaan Pakatan Harapan dalam kerajaan Selangor.

“Pada PRK Sungai Besar, parti pembangkang seperti lawan sesama sendiri sehingga pengundi pun sakit kepala. Oleh itu, masalah ini perlu diselesaikan segera,” kata Mohamad .

Menurutnya lagi, sama ada mahu atau tidak mahu kerjasama, ataupun terikat dalam apa bentuk kerjasama sekalipun, hubungan antara PAN dan PAS perlu dijelaskan. Setelah persetujuan dicapai, maka senanglah bagi Pakatan Harapan mara ke hadapan.

“PAN melakukan kesilapan lebih besar berbanding dengan pihak lawan. Pucuk pimpinan Pakatan Harapan tidak dapat membuat keputusan lebih awal bagi menentukan calon parti mana yang patut bertanding. Ini akhirnya menyebabkan jentera pilihan raya tidak dapat bergerak dengan lebih awal,” kata Mohamad.

Beliau secara peribadinya turut setuju semua parti komponen dalam Pakatan Harapan dapat menggunakan satu lambang yang sama ketika bertanding dalam PRU akan datang. Bagaimanapun perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.
Catat Ulasan