Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 24 Jun 2016

DAP BAKAL HILANG PENGARUH PRU14 SINDIR MB KELANTAN

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob menyindir DAP juga tidak terkecuali bakal terkubur pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana didapati semakin hilang pengaruh.

Katanya lagi, walaupun DAP bergabung bersama PKR, PAN dan dibantu oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, parti itu masih gagal mengalahkan BN pada Pilihan Raya Kecil baru - baru ini.

Sindiran itu berikutan selepas DAP membuat ramalan kononnya pengaruh PAS pada ketika ini semakin bertambah lemah di beberapa Negeri, termasuk Selangor dan Perak dan dijangka bakal kehilangan Kelantan.
Malah ujar beliau, perkembangan terkini itu menunjukkan bahawa tidak ada mana - mana parti pembangkang yang didapati benar - benar kuat atau mendapat sokongan padu dari kalangan rakyat.

“Dia sendiri pun lemah, dalam dua PRK (pilihan raya kecil) baru-baru ini, dia bergabung empat kumpulan (DAP, PAN, PKR dan Tun Dr. Mahathir Mohamad) tetapi tetap tidak boleh mengatasi BN (Barisan Nasional).
 “Ertinya, kelemahan itu ada pada sesiapa. Ini pengajaran buat semua,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia hari ini.


Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis sum­bangan kuih raya Kerajaan Kelantan kepada 13,100 anggota daripada 13 agensi dan pasukan keselamatan.

Kit Siang dilaporkan meramalkan PAS bakal ‘bungkus’ di Sela­ngor dan Perak selain kehilangan Kelantan dalam PRU-14 sekiranya prestasi parti itu dalam PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini diambil kira.

Dalam perkembangan lain, Ahmad yang juga Menteri Besar berkata, PAS sebagai sebuah parti politik bersedia menerima apa sahaja kemungkinan termasuk khabar angin mengatakan PRU-14 mungkin berlangsung tahun depan.

Catat Ulasan