Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 17 Mei 2016

EDISI BONGKAR DI SEBALIK GESAAN TUN M JANGAN UNDI BN ADA UDANG DI SEBALIK BATU ?

Apakah faktor yang menyebabkan Tun M begitu marah terhadap Pimpinan Kerajaan adakah

DISEBALIK GESAAN TUN M AGAR PENGUNDI K.KANGSAR DAN SG BESAR TOLAK BN?

Vincent Tan tak puas hati dengan PM Najib Razak kerana syarikatnya telah memohon lesen kasino bagi Berjaya Resort di Bukit Tinggi, Pahang tetapi dibantah oleh kerajaan negeri Pahang, iaitu 'homestate' PM.

■ Malah, keengganan Kementerian Kewangan untuk luluskan lesen judi bola turut jadi satu faktor Najib harus undur? Najib Razak adalah Menteri Kewangan.

■ Menteri Kewangan Chor Kee Yung telah mengesahkan lesen judi untuk Piala Dunia 2010 pernah dikeluarkan kepada Berjaya Group namun ditarik balik serta-merta oleh Najib .

Keputusan tarik balik lesen judi oleh PM telah dikritik hebat oleh Tun Mahathir,di mana mantan PM telah menuduh langkah tarik balik lesen itu berunsur politik [http://bit.ly/1jPpuhY]

■ Kini, PM Najib difitnah dan diaibkan. Itu pun fakta yang kabur dan dengan bukti yang tak wujud atau telah dimanipulasikan.

Pelik kan....

■ Mereka yang lantang memfitnah Perdana Menteri hari ini telah mengalami kerugian besar daripada aspek kewangan kerana tindakan dan polisi PM. Rujuk IPP, AP, batal lesen dan lain-lain...

■ Everyone of them ada hilang wang besar yang diberi free oleh Kerajaan kepada mereka hasil ehsan Mahathir dulu. Tiada yang kritik secara terbuka tanpa dijejaskan polisi positif Perdana Menteri.

■ Fakta ini Sukar ditelan, Bukan sebab rasa pahitnya tapi kerana otak macai protun dan pembangkang cetek!
$ila Rujuk Disini :-https://m.malaysiakini.com/news/135359

SENARAI PENIPUAN TUN YANG ADMIN @PM NAK KONGSIKAN

Tun Dr Mahathir terus mengulangi penipuan-penipuan dan dakwaan-dakwaan lapuknya. Terbaru dalam tulisannya,

a) Mahathir berbohong apabila mendakwa Najib menubuhkan “Dana Kekayaan Negara”, sedangkan 1MDB bukan Dana Kekayaan Negara sebaliknya hanya sebuah syarikat pelaburan strategik kerajaan yang diberi modal sebanyak RM1 juta sahaja. 1MDB bukan Dana Kekayaan Negara seperti Khazanah yang diberikan dana yang besar dan pelbagai bantuan.

b) Mahathir cuba memutar belit fakta berkaitan nilai RM42 bilion. Jika sebelum ini Mahathir menipu dengan menuduh RM42 bilion ini lesap, sekarang baru Mahathir mahu memgakui bahawa RM42 bilion TIDAK lesap sebaliknya hanya merupakan pinjaman. Bagaimanapun Mahathir masih mahu menipu apabila mengatakan RM42 billion ini dijamin kerajaan sehingga meningkatkan hutang negara. Sedangkan bon/sukuk yang dijamin kerajaan hanya bernilai RM5.8 bilion. Baki pinjaman yang lain dijamin oleh syarikat IPIC dan disandarkan ke atas aset-aset 1MDB.

c) Mahathir menipu apabila mendakwa pelaburan yang dibuat 1MDB "semuanya rugi sehingga tidak dapat bayar faedah pun", sedangkan pelaburan dalam Petrosaudi mendatangkan keuntungan sebanyak AS$488 juta dan pelaburan dalam sektor tenaga memberikan dividen sebanyak RM2 bilion dan perolehan sekitar RM5 bilion setahun. 1MDB tidak pernah gagal membayar hutangnya dan telah membayar hutang-hutang jangka pendeknya secara penuh lebih awal dari tempoh matang pinjaman-pinjaman tersebut.

d) Mahathir menipu apabila menyatakan "wang yang dipinjam ini sudah hilang sehingga tidak boleh dikesan dimana wang ini berada", sedangkan penyata kewangan diaudit dan laporan PAC mengesahkan butiran-butiran setiap transaksi yang dilakukan oleh 1MDB. Hanya sejumlah kecil yang menjadi pertikaian korporat dengan pihak IPIC. Itupun segala transaksi telah disahkan melalui dokumen dan perjanjian berkaitan. Segala perjanjian dan transaksi dilakukan secara sah dengan penglibatan pihak IPIC yang diwakili CEO Aabar PJS dan Pengarah Urusan IPIC. Soal kelemahan pentadbiran IPIC bukan dikawal dan ditentukan oleh 1MDB tetapi merupakan tanggung jawab IPIC.

e) Mahathir cuba memfitnah dengan mengaitkan wang sebanyak RM 2.6 billion dalam akaun persendirian Najib dengan 1MDB sedangkan SPRM telah mengesahkan pada 3 dan 5 Ogos 2015, bahawa duit ini bukan dari 1MDB tetapi dari seorang penderma dari Timur Tengah, bukan dari sumber IPIC dan bukan dari sumber Petrosaudi. Sehingga sekarang Mahathir kelihatan keliru dan tidak mampu menyatakan dengan jelas mengenai sumber wang RM2.6 bilion ini,  adakah ia dari pelaburan dalam Petrosaudi (Arab Saudi) atau deposit kepada IPIC (UAE)?

f) Mahathir menipu apabila menyatakan Switzerland mendakwa berlaku korupsi sebanyak USD7 billion dalam pengurusan 1MDB, sedangkan Pendakwa Raya Switzerland bercakap mengenai kemungkinan 1MDB menjadi mangsa kelemahan pentadbiran dan salah laku dalam IPIC, bukan mendakwa berlaku korupsi oleh 1MDB.

g) Kata Mahathir, "Singapura menangkap seorang pegawai bank yang terlibat dengan salahlaku 1MDB", sedangkan cerita yang lebih tepat adalah, Singapura menahan pegawai bank yang disyaki terlibat dengan penggubahan wang haram dalam sejumlah transaksi. Salah laku itu adalah salah laku pegawai tersebut, tanpa menyebut secara spesifik bahawa ia salah laku berkaitan 1MDB atau salah laku oleh 1MDB.

h) Mahathir menipu lagi apabila mengatakan "Malaysia dipandang hina dan Menteri Kewangannya didakwa sebagai Menteri Kewangan yang terburuk di Asia" sedangkan laporan itu hanya melibatkan 12 negara dari 48 buah negara Asia. Tidak benar untuk melabelkan kedudukan ke-12 dari 48 negara sebagai "yang paling buruk". Malaysia diiktiraf berada di kedudukan ke-18 daripada 140 negara paling berdaya saing dalam Indeks Daya Saing WEF. Kejayaan Malaysia menguruskan kewangan dan pentadbiran kewangannya dengan baik turut diiktiraf oleh Agensi Penarafan, IMF dan Bank Dunia.

i) Mahathir menipu apabila menyebut "laporan oleh PAC mencatit penipuan besar berlaku dalam 1MDB dan diakui oleh CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy" sedangkan Arul tidak pernah sama sekali mengakui ada berlaku penipuan dalam 1MDB. Kenyataan Arul jelas menyebut tentang kemungkinan-kemungkinan yang wujud tetapi Arul sama sekali TIDAK membuat pengakuan bahawa ada penipuan dilakukan.

j) Mahathir juga menipu apabila menyatakan "jika ahli atau pemimpin UMNO menyoal berkenaan 1MDB, mereka akan dipecat", sedangkan sehingga kini tiada pemecatan terhadap pemimpin dan ahli yang mempersoalkan tentang 1MDB, termasuk terhadap Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz, Khairuddin dan Shafie Apdal. Mahathir secara sukarela keluar UMNO. Muhyiddin dan Mukhriz masih belum dipecat, tetapi mungkin berhadapan tindakan disiplin kerana berada sepentas dengan pembangkang dan berpakat dengan mereka untuk menjatuhkan Perdana Menteri, bukan kerana mempersoalkan 1MDB. Manakala Khairuddin pula tidak dipecat dari jawatannya di dalam UMNO, sebaliknya dia hilang kelayakan untuk memegang jawatan kerana didapati muflis.

Jelas, Mahathir kelihatan begitu terdesak untuk menjatuhkan Najib sehingga terpaksa mengulangi pembohongan dan dakwaan lapuknya berulang kali. Maka tidak hairan kenapa Anwar Ibrahim baru-baru ini berpesan kepada mesyuarat Biro Politik PKR melalui suratnya sepanjang 8 mukasurat agar pemimpin dan ahli Pkr berwaspada dengan Mahathir-Daim yang disifatkannya sebagai ular dan pembelit.
Catat Ulasan