Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 18 Mei 2016

AGENDA TUN M GAGAL,PH BERGELORA,PAS SINDIR DAP ..??

Hari ini Pas telah memberi kata putus bahawa tetap akan menghantar calon pada PRK kali ini,pastinya perkara ini akan membuatkan pimpinan Pakatan rasa tercabar pada ketika ini terutamanya geng geng Mat Sabu yang mengepalai parti barunya setelah kecewa dengan Pas lalu menubuhkan PAN

Kedua dua Parti ini wajar bersaing bagi menjaga maruah masing masing untuk melihat siapa yang lebih di sukai para pentaksub mereka

Berbeza pula ceritanya dengan Dap mereka dijangka tidak akan bertanding pada PRK kali ini bagi memberi laluan pada PAN untuk menjaga hati balacinya iaitu PAN

PKR pula pastinya berfikir panjang untuk turut menghantar calon kerana bimbang kalah teruk nanti maklumlah undi pakatan sudah berbelah bagi akan tetapi admin pm rasalah ada kemungkinan juga mereka akan menghantar calon kerana keluarga Anwar ni mana suka mengalah masing tamak kan kuasa

Yang pastinya BN mempunyai kelebihan untuk menang pada PRK kali ini mengikut respon yang admin terima ketika admin berkunjung di Parlimen SG Besar kerana isu2 setempat yg gagal Pakatan selesaikan terutamanya dalam isu membantu golongan yg memerlukan disana ditambah pula kegagalan pembangkang menetapi janji.

Melalui Sinar harian yang admin pm petik Pas menyifatkan sesi rundingan dengan mana-mana pihak berhubung dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar sudah selesai apabila parti Islam itu memutuskan untuk bertanding.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya akan mengumumkan calon tempatan dalam masa terdekat.

Ketika ditanya kemungkinan berlaku pertembungan tiga penjuru, Abdul Hadi hanya menjawab, "tunggu dan lihat."

Meskipun ada kemungkinan PKR meletakkan calon dalam PRK di Sungai Besar nanti, Abdul Hadi menyifatkan kerjasama parti Islam itu dengan PKR di Selangor tidak terjejas.

"(Walau PKR letak calon di Sungai Besar) Pas tetap jalin hubungan dengan PKR," katanya.

Mengulas dakwaan DAP, parti Islam itu tidak mampu mengulang prestasi seperti pilihanraya umum lalu kerana penurunan sokongan pengundi bukan Melayu, Abdul Hadi berkata, tidak semua pengundi Cina menyokong DAP.
Catat Ulasan