Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 27 Mei 2015

PAS YAKIN DAPAT TARIK SOKONGAN BUKAN MELAYU TANPA DAP

Pas tidak memerlukan Dap untuk meraih undi orang bukan Melayu itu adalah kekuatan yang ada pada Pas jika dilihat dari ulasan yang dibuat oleh pemimpin pas Ahli Parlimen PAS Temerloh Nasrudin Hassan ini

Sebaliknya pimpinan Dap pula berkata sebaliknya bahawa mereka bersama Pas seolah olah hanya mahukan undi orang melayu sahaja ini jelas menimbulkan pelbagai persoalan mengapa hingga sekarang Pas masih terhegeh hegeh duduk di bawah telunjuk DAP jika benar mereka memperjuangkan parti untuk ahlinya admin pm sarankan agar mereka buktikannya dengan keluar dari Pakatan serta merta

Menurut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat parti itu tidak tidak perlu lagi bergantung kepada DAP untuk mendapatkan sokongan golongan bukan Islam.

Formulanya adalah dengan memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) iaitu tempat untuk ahli bersekutu PAS dari golongan bukan Islam.

Jelas Nasaruddin meskipun DAP begitu ghairah mencipta alasan untuk menolak perjuangan Islam yang dibawa PAS, sikap tersebut tidak dikongsi oleh keseluruhan golongan bukan Islam di negara ini.

“DHPP mempunyai pasaran luas dan medan yang lebar untuk beraksi dan bertindak sebagai salah satu sayap penting kepada PAS. Usia yang muda berbanding sayap Ulama, Pemuda dan Muslimat tidak menjadi alasan untuk DHPP mara sebaris dengan dewan-dewan yang lain bagi mengimbangi kekuatan PAS masa kini.

“Saya sendiri menaruh harapan serupa agar DHPP makin bertenaga dan proaktif. Sehinggalah orang bertanya bagaimana hubungan PAS dengan ‘non muslim’ (bukan Islam), maka kita yakin menjawab ‘DHPP Kan Ada!’,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook miliknya pada Isnin.

DAP sejak kebelakangan ini dilihat banyak menyinggung PAS dalam beberapa perkara termasuk pendirian memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta bantahan keras terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan hati Abdul Hadi kini bersama UMNO, hanya jasad yang ada bersama Pakatan.

Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa ia disebabkan Ahli Parlimen Marang itu bukan sahaja gagal menyertai kempen tetapi juga tidak menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh pada 7 Mei lalu.

"Ini cukup jelas menunjukkan hanya tubuh yang tinggal bersama pembangkang tetapi hatinya bersama UMNO.

"Jadi kenapa mahu susah, kalau ada keinginan, tinggalkan Pakatan," katanya di lobi Parlimen Isnin.

Serangan bertubi-tubi DAP terhadap Hadi dilihat sebagai usaha akhir untuk berkempen dalam pemilihan PAS Jun ini. 
Catat Ulasan