Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 26 Mei 2015

Akar umbi PAS meluat dengan DAP – Tuan Ibrahim


PETALING JAYA: PAS menggesa sekutunya daripada DAP supaya tidak bermusuh dan menghentikan serangan terhadap parti itu demi kepentingan Pakatan Rakyat.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ahli PAS kini begitu ‘meluat’ dengan sikap DAP yang secara berterusan menyerang PAS dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Serangan bertali arus DAP terhadap PAS telah menimbulkan satu keadaan yang sangat tidak selesa dalam hubungan Pakatan Rakyat.
“Tindakan DAP ini sedang menolak Pakatan Rakyat ke ambang perpecahan. Isu serangan bertali arus DAP terhadap PAS amat meluatkan akar umbi PAS,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Beliau mengulas mengenai konflik berpanjangan antara DAP dan PAS khususnya selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Hadi berkelakuan seperti pemimpin Umno.
Malah DAP juga sebelum ini turut memutuskan kerjasama dengan Hadi namun mahu kekal bersama PAS dalam pakatan pembangkang.
Hadi sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan keras bahawa PAS sedia memutuskan hubungan dengan DAP kerana bukan parti itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat bukan Islam di negara ini.
Mengulas lanjut Tuan Ibrahim yang juga calon bagi jawatan timbalan presiden PAS pada pemilihan parti itu Jun ini berkata, perbalahan antara DAP dan PAS akan membawa kesan dalam Muktamar PAS ke-61 nanti.
Katanya ahli PAS akan terus mempertahankan kewibawaan parti walaupun ketika menjalinkan kerjama dengan DAP dan PKR.
“Maruah PAS sebagai parti berwibawa perlu dibela. Jika benar DAP sayangkan Pakatan Rakyat, hentilah menyerang PAS.
“Lupakanlah dan jauhilah sifat bermusuh, hormatilah perbezaan dan berusahalah untuk mendiamkan diri jika tiada apa yang baik untuk disebut mengenai rakan tahaluf.
“Jika tidak, jangan salahkan PAS seandainya tahaluf dengan DAP ini terungkai kerana ahli PAS akan tetap pertahankan prinsip perjuangan parti lebih-lebih lagi selepas ketiadaan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya.
Catat Ulasan