Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 27 Mei 2015

Aisyah tidak kecewa dengan perjuangan Islam tetapi terkilan dengan Pas yang kononnya memperjuangkan Isla

Aisyah rela di pecat

PETALING JAYA: Penyanyi, Aishah, bersedia dipecat daripada Pas berhubung kritikannya terhadap kepemimpinan parti itu yang telah disebarkan secara meluas di media.
Katanya, dia juga sedia dikecam oleh mana-mana pihak kerana teguran itu adalah perasaan ikhlasnya terhadap pergolakkan yang sedang berlaku dalam Pas.
Aishah menjelaskan, luahan tidak puas hati terhadap kepemimpinan Pas itu adalah sebahagian daripada perbualan dalam kumpulan WhatsApp dan tidak sepatutnya disebarkan kepada umum.
“Untuk pengetahuan semua, kenyataan yg tertera di bawah bukanlah sebahagian dari ucapan I di mana2…ianya ialah sebahagian dari ‘perbualan’ I dlm group whatsapp yg telah diviralkan.Seingat I, kami masa tu tengah berbincang tentang definasi ulamak, I ditanya TUC kenapa masuk PAS, macam2 lagi dibincangkan secara baik.
“Memang itu perasaan I yg ikhlas tentang pergolakan PAS sekarang, tapi ianya dibuat dlm group whatsapo yg sepatutnya tertutup.So, kalau rasa nak kecam2 kecamlah, nak pecat sama sekali pun terpulanglah….” tulisnya di status Facebook.
Aishah meluahkan kekecewaan terhadap pemimpinan Pas yang didakwanya tidak lagi selari dengan slogan Pas For All.
Malah, slogan itu kini menjadi satu jenaka disebabkan tindak tanduk sesetengah pemimpin Pas.
Katanya, dia tidak kecewa dengan perjuangan Islam tetapi terkilan dengan Pas yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi bergaduh sesama sendiri.
Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin pernah mengecap populariti sebagai penyanyi utama kumpulan Aishah and The Fan Club sebelum bergerak secara solo.
Setelah berhijab, dia menyertai Pas pada 2012 dan pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), Aishah dicalonkan menentang Tan Sri Isa Samad di Parlimen Jempol tetapi kalah.
Akhbar Sinar Harian pada Isnin pula melaporkan, ahli Pas mendesak parti memecat tiga ikon Pas iaitu Leman Raja Lawak, Aishah dan Mejar Zaidi Ahmad kerana mengkritik kepimpinan Pas. – FMT
Catat Ulasan