Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 25 Mei 2015

AISYAH KECEWA- BIDAS AKHLAK HJ HADI YANG BURUK DAN MEMALUKAN ?

Hangat media sosial bilamana nampaknya Aisyah membidas Pas yang dianggapnya sudah tidak mencerminkan satu contoh yang baik pada orang bukan Islam di mana beliau amat terkilan sehinggakan terpacul bahasa bahasa yang pastinya amat pedih untuk didengan golongan totok totok pas pada hari ini
Menurut Aisyah sebagai orang baru dalam Pas, Aishah berkata, dia terkejut dengan sikap pemimpin tertinggi Pas yang dilabel ulama tetapi menggunakan bahasa kesat.ermmm baru tau ke kak Aisyah kita orang dah lama tau huuhuu takkan lupa kot dia mana ada dulu pemimpin besar pas mencilako kan orang benda ni dah lama berlaku masih tercari cari jalan sebenar ke erm
Jom sahabat Admin PM kita lihat luahan hati kak Aisyah yang benar benar kecewa dengan perjuangan pas yang dianggapnya dulu memperjuangkan Islam dan baru kini beliau nampak mana yang betul mana yang salah
“Sebagai org baru…sy terkejut dgn penggunaan bahasa setengah2 org yg dipanggil faqih dlm agama… rasanya dlm industry yg org anggap jahil pun masih ada sikap toleransi dan hormat. Sekarang maki hamunnya …, ” katanya seperti dilaporkan beberapa blog pro Pakatan Rakyat.
Petikan luahan Aishah itu disebarkan secara meluas di laman sosial dan hangat dibincangkan di kalangan penyokong pro ulama dan liberal dalam parti itu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam program dialog “Bicara Harakah” minggu lalu dilaporkan mengunakan perkataan kesat “tolol” bagi merujuk kepada pihak yang menuduhnya mahu berpecah dan tidak mahu hadir mesyuarat Pakatan Rakyat.
Aishah berkata, dia tidak kecewa dengan perjuangan Islam tetapi kecewa dengan perkembangan yang berlaku dalam Pas yang kononnya memperjuangkan Islam.
Katanya, sikap pemimpin yang bergaduh sesama sendiri membuatkan orang bukan Islam hilang hormat terhadap parti itu.
“Saya tak kecewa dgn perjuangan Islam tetapi sy kecewa dgn apa yg berlaku dlm PAS yg kononnya perjuangan Islam…ini ke akhlak yg nak kita tunjukkan pada non muslims bila sesama jemaah pun berantakan…respect has to be earned not commanded from…”, katanya.
Catat Ulasan