Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 2 Februari 2015

SIAPA PAS ?SIAPA HJ HADI ..!!! DAP TETAP BERKERAS MAHUKAN PILIHANRAYA PBT


Kemana hala tuju  bangsa Melayu yang mejoritinya yang duduk di bandar peratusannya hanya sedikit duduk di bandar berbanding dengan kaum cina yang jauh lebih banyak dan situasi ini jelas menunjukkan jika Pilihanraya PBT dilaksanakan pastinya undi milik Kaum cina

Seperti yang semua sahabat admin pm ketahui Pilihanraya PBT ini adalah untuk memilih siapa yang rakyat suka sebagai Ahli Majlis PBT khususnya di kawasan bandar jadi persoalannya yang sahabat admin pm harus mengambil iktibar ialah kuasa melayu bakal terhakis bila perkara ini berlaku jadi mampukah Pas menjaga bangsa kita dalam masa yang sama membela Islam itu sendiri secara tidak langsung kerana ianya pastinya akan bersangkut paut juga di kemudian hari nanti.

DAP amat bertegas nampaknya dalam isu ini dan jelas begitu yakin bahawa pemimpin dari kaum Cina pasti akan menang di semua PBT kawasan bandar kerana mereka telah berjaya menguasai kawasan bandar dan pasca bandar.

Sebelum ini Pas menolak pilihanraya PBT kerana dikatakan tidak adil kepada kaum Melayu yang menjadi minoriti dalam kawasan bandar.

Saranan Hadi Awang bukanlah pendapat peribadi malah keputusan parti Pas untuk menolak pilihanraya PBT apabila Nik Abduh juga menolak pilihanraya berat sebelah ini.

Beberapa hari lepas pula, Nik Nazmi yang juga Ketua AMK Pusat menolak pilihanraya PBT cadangan DAP ini.

Keputusan Nik Nazmi senada dengan Pas yang mahukan DAP menilai semula cadangan tersebut yang ternyata lebih memihak kepada DAP semata-mata dan bakal meminggirkan pemimpin Melayu di dalam Pas dan PKR yang berada dalam kawasan terbabit.

Nik Nazmi juga mengutarakan cadangan supaya DAP perlu bersikap lebih patriotik dan memikirkan kehadiran bangsa lain dalam satu-satu kawasan kerana Malaysia merupakan sebuah negara majmuk dan demokrasi.

Dap tidak akan tunduk dengan desakan Pas seperti apa yang berlaku pada kisah kisah lsmpau antara nya seperti perlaksanaan hudud yang mereka tentang habis habisan selama ini maka kita tunggu dan lihat sahaja kesudahan cerita pertelagahan mereka ini nanti apakah perkara yang sama bakal berulang sahabat admin pm semua ?renung renungkanlah...
Catat Ulasan