Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 8 Februari 2015

LIM KIT SIANG DI BIDAS GARA2 GELARKAN ORANG PROFESOR KANGKONG.


Tindakan biadap Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang sewenang wenangnya melabel dua ahli akademik Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai ‘profesor kangkung’ walhal bagi admim pm sebenarnya beliau adalah individu yang bermulut longkang

Tindakan Penasihat Dap yang bermulut longkang ini bukan hanya merendahkan integriti mereka, tetapi turut mencerminkan ketidakmatangan ahli politik veteran itu terhadap hak dan kebebasan ahli akademik untuk memberi pandangan mengenai sesuatu isu.

Seperti yang sahabat admin pm ketahui pandangan ahli akademik berdasarkan apa yang mereka kaji dan penilaian telah dibuat tentang perkara tersebut jika Penasihat Dap tidak dapat menerima teguran wajar jangan pula sewenang eenangnya menuduh serta menyamakan orang dengan gelaran yang buruk

Disini admin pm lampirkan jawab balas hasil respon dari tuduhan Lim Kit Siang iaitu Pensyarah Kanan Kajian Politik dan Antarabangsa UUM, Md Shukri Shuib berkata bersandarkan penyelidikan dan kajian yang dilakukan, ahli akademik mempunyai hak demokratik untuk memberi komentar dan ulasan mengenai isu-isu semasa termasuklah isu DAP yang mendesak supaya pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) diadakan semula di Pulau Pinang.

“Sebagai ahli akademik, yang juga penjawat awam, kita turut memberi komentar dan pandangan terhadap isu-isu semasa termasuk yang melibatkan dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional. Adakah beliau (Lim) takut dengan teguran ahli akademik dan bimbang pengaruh kami akan memberi kesan terhadap parti beliau?

“Jika beliau sewenang-wenangnya menggelar kami sebagai ‘profesor kangkung’ yang bertujuan memburuk-burukkan imej institusi pengajian tinggi (IPT) dan ahli akademik, beliau juga boleh digelar sebagai ahli politik nyanyuk, suka berleter, tidak demokratik serta membosankan kerana sering mengetengahkan politik lapuk dan ketinggalan zaman,” katanya kepada Bernama.

Md Shukri merujuk tindakan veteran DAP itu yang baru-baru ini menggelar beliau serta Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed sebagai ‘profesor kangkung’, ekoran hujah kedua-dua ahli akademik berkenaan berhubung isu pilihan raya PBT.

Dalam laporan Bernama yang bertajuk ‘Pilihan Raya PBT Bertentangan Perlembagaan, Cubaan Wujud Autonomi-Penganalisis’ baru-baru ini, kedua-dua penganalisis politik itu berpendapat perjuangan DAP mahu melaksanakan pilihan raya PBT bukan sahaja suatu cubaan untuk mewujudkan autonomi di Pulau Pinang bahkan mencabar keputusan mahkamah, sekali gus menentang Perlembagaan Negara.

Lim dalam tulisannya di laman blog miliknya pada 1 Februari menyebut: “With UMNO’s Kangkong Professors running riot with their illiterate interpretation of national developments, Malaysia’s university ranking can only plunge further south without hope of restoring our former world-class university status”.

Mengulas lanjut hal itu, Md Shukri berpendapat adalah sesuatu yang memalukan apabila ahli politik berpengalaman dan berusia seperti Lim, 74, tidak mengamalkan nilai murni dan bersikap rasional dalam tindakan beliau.

“Lim tidak menghayati erti demokrasi kerana tidak dapat menerima komentar yang bertentangan dengan nafsu politiknya. Di samping itu, beliau juga dilihat suka melabel mana-mana individu yang tidak sehaluan dengan beliau dengan gelaran tidak sepatutnya.

“Beliau bukanlah pemimpin yang sesuai untuk rakyat Malaysia kerana mengajar masyarakat merendah-rendahkan orang lain,” katanya.

Pada masa sama, Md Shukri berpendapat DAP harus mempertimbangkan supaya jawatan penasihat parti itu digantikan dengan individu yang lebih dinamik seperti Senator Dr Ariffin S.M Omar, dari Pulau Pinang yang juga bekas profesor di institut pengajian tinggi awam sebelum ini.

Dalam tulisan di blognya, Lim turut mencabar Md Shukri dan Ahmad Martadha untuk menjelaskan pendangan mereka berhubung janji Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan setelah konfrontasi dengan Indonesia berakhir.

Selain itu, beliau menyebut mengenai cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja Athi Nahappan (RCI Athi Nahappan), yang ditubuhkan pada 1965, bahawa pilihan raya kerajaan tempatan harus dilaksanakan pada masa akan datang serta mempersoalkan adakah ahli akademik UUM itu akan menyatakan bahawa laporan RCI Athi Nahappan itu juga sebagai mencabar Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas perkara itu, Ahmad Martadha berkata Lim langsung tidak menyentuh tentang keputusan Mahkamah Persekutuan yang membuat keputusan bahawa enakmen pilihan
Catat Ulasan