Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 9 Januari 2015

HISYAMUDDIN RAIS DIDAPATI BERSALAH MENGHASUT KETERLALUAN DAN DIDENDA RM 5000

Hari ini Aktivis pro pembangkang, Hishamuddin Md Rais, menerima pembalasan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah memberi ucapan menghasut dalam satu ceramah pada 13 Mei 2013 semoga perkara ini menjadi satu pengajaran buat beliau dan pengikutnya .
Itu baru pembalasan dunia belum lagi diakhirat kelak dan semoga beliau insaf dan bertaubat dari menghasut Rakyat yang mudah tertipu dengan dakyah pembangkang
Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Ketika membuat keputusan itu, Azman berkata, mahkamah memberikan hukuman berbentuk denda kerana mengambil kira faktor usia tertuduh yang sudah lanjut ketika disabitkan bersalah.
Azman juga berkata, tertuduh sekadar memberi ucapan berapi di dalam dewan namun tidak berlaku sebarang kekecohan dan tidak berjaya mempengaruhi orang ramai yang mendengar ucapan berkenaan.
“Selain itu saya juga berpuas hati dengan hujahan peguam bela bahawa tiada kepentingan awam yang perlu dipuaskan dengan memenjarakan tertuduh,” katanya.
Pada 13 Oktober tahun lalu, Hishamuddin, 64, diperintah membela diri daripada pertuduhan tersebut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Key Wei Loon manakala tertuduh diwakili peguam Syahredzan Johan.
Pada 29 Mei 2013, Hishamuddin bersama lima aktivis lain didakwa memberi ucapan menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei tahun yang sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Admin pm benar benar berharap supaya Rakyat membuka mata minda dan menyelidik segala fakta yg di sampaikan oleh pemimpin pakatan ini agar tidak mudah diperdaya oleh mereka dengan cerita cerita yg selama ini ternyata palsu terutamanya melibatkan janji janji mereka yg sehingga kini tidak mampu mereka tunaikan.
Catat Ulasan