Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 27 Disember 2014

RAMAI YANG MATI LEMAS KERAJAAN SOROK ?

Kecoh seketika laman media sosial dengan satu pendedahan dari seorang gadis yang mendakwa ramai orang yang terkorban akibat bencana banjir di sembunyikan berita kematiannya

Apa masalah gadis ni sampai sanggup mereka reka cerita sebegini renung renungkan lh wahai sahabat admin pm semua apa logiknya untuk menyembunyikan jumlah kematian sebenar dan apa keuntungan untuk menyembunyikan berita yg gadis ni dakwa dan boleh ke Kerajaan sembunyikan jumlah ini ingat keluarga mangsa tak ada mulut untuk bersuara

Begitu taksub inilah masalah bila banjir pun hendak di politikkan

Masalah ini bukannya kecil sahabat pm di fb pun ada bertanyakan pm dan meminta pencerahan kenapa Kelantan masih tidak isytihar darurat?

Jikalau diisytiharkan darurat, kerajaan negeri sekarang akan diambilalih mageran. Semua kuasa eksekutif akan dibekukan dan secara tak langsung pas hilang kuasa memrintah hanya kerana banjir selepas itu?

bukan kembali seperti biasa?

Ada proses yg lain... selak balik sejarah daruratkelantan 1974

Isytihar Darurat Atau Tidak?jom kita nilaikan

1. Rata-rata hebat memberi komen seolah-olah memahami keperluan mengisytiharkan darurat bagi menangani keadaan banjir yang berlaku ketika ini.

2. Untuk makluman, tanpa isytihar darurat sekalipun, kerajaan masih boleh mengerahkan segala aset yg mampu digunapakai untuk misi menyelamat banjir ini.

3. Tak guna juga mengerah semua aset yg ada kalau ianya tidak produktif. Malah Jabatan Bomba dan agensi-agensi penyelamat lain sendiri mengakui mereka berhadapan kesukaran untuk menggerakkan aset mereka. disebabkan faktor bencana itu sendiri.

4. Ada juga pemberi komen menyatakan kalau isytihar darurat, semua aset boleh digerakkan. Kalau ikut logik, jawapannya adalah 'ya', tapi hakikatnya tidak semua aset agensi kerajaan yang ada berkemampuan utk digunapakai dalam misi menyelamat ini. Spesifikasi aset itu sendiri bukan direka untuk digunapakai dalam misi menghadapi banjir.

5. Pada dasarnya, ATM juga bukannya boleh menggunakan aset mereka sewenang-wenangnya kerana ATM lebih kepada mempertahankan keselamatan negara. Kalau semua aset ATM bertumpu di satu lokasi, dikhuatiri keselamatan negara terdedah kepada ancaman musuh.

6. Selain itu, fokus utama MKN selaku koordinator misi menyelamat adalah mencari pendekatan dan jalan terbaik bagi membolehkan bantuan samada dari agensi atau sukarelawan luar memasuki kawasan-kawasan yang terlibat. MKN berhadapan kesukaran kerana banjir kali ini agak luar biasa. Maka kelicinan proses menyelamat tidak seperti dirancangkan.

7. Justeru itu, agensi-agensi ini berusaha menambah baik strategi dan pendekatan mereka agar proses menyelamat berjalan lancar. Kesemua usaha ini juga pula perlu mendapat sokongan padu semua pihak penyelamat dan mangsa terlibat.

8. Keputusan mengisytihar darurat sungguhpun terletak di tangan PM namun nasihat utk berbuat demikian diperolehi dari agensi kerajaan bertanggungjawab antaranya ATM, PDRM, BOMBA, JPM dsb. Maka agensi-agensi ini yang berperanan untuk mentaksir keperluan samada Kerajaan perlu isytihar darurat ataupun tidak. Bukannya dari para "keyboard warrior" seperti anda yang langsung tidak membantu sebaliknya mencerminkan keperibadian anda yang negatif itu.

9. Hindarilah dari berprasangka buruk kononnya kerajaan tidak isytihar darurat disebabkan faktor peruntukan dan sebagainya. Hargailah usaha mereka yang bertungkus lumus selama ini, doakanla yang terbaik demi keselamatan rakyat di negeri-negeri dilanda banjir.
Catat Ulasan