Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 24 Disember 2014

GOBIND SINGH DEO BERI AMARAN KERAS PADA PAS JIKA TETAP MAHUKAN HUDUD SILA KELUAR DARI PAKATAN

Bekas pengerusi DAP mendiang Karpal Singh yang juga bapanya antara pihak yang lantang menentang cita-cita teokratik PAS dan hari ini

Jika kita lihat antara Pas dan DAP masing masing cuba memikat pengundi melayu dan cina dengan sengaja memainkan isu ini hakikatnya mereka hanya berlakon dan penghujung ceritanya pastinya mereka tetap bersama dalam pakatan jahat mereka ini
Dan sekarang jika sahabat admin pm tengok hari ini Gobind Singh Deo telah memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat harus menggantung hubungannya dengan PAS jika Kelantan terus mengasak ke arah pelaksanaan hudud melalui sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 29 Disember ini.
Gobind berkata, PAS harus ingat bahawa semua parti dalam gabungan Pakatan Rakyat bertanggungjawab mempertahankan kerangka dasar bersama.
“Ia persetujuan yang dibentuk berasaskan kempen dan kekuatan ketika Pakatan mendapat sokongan rakyat dan kejayaan pada 2008 dan 2013.
“Jika Pakatan mahu kekal sebagai kuasa yang disegani, yang boleh dipercayai dan dihormati rakyat, kita mesti tunjukkan iltizam untuk mempertahankan kerangka dasar bersama,” katanya.
Ini, kata anggota parlimen Puchong itu, termasuk memutuskan hubungan dengan parti dalam gabungan pembangkang yang mengancam semangat Pakatan dengan bertindak menyalahi kesepakatan bersama.
“Kita harus tegas dan tunjukkan bahawa perkara ini tidak boleh dan tidak harus dipandang mudah,” katanya.
Beliau mengulas wawancara Malaysiakini dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata, hudud lebih penting berbanding menawan Putrajaya.

Itu baru cerita anak mendiang Karpal belum lagi kepala kepala Dap yang lain dan hakikatnya tahaluf siyasi antara Pas dan pakatan amat merugikan Islam dan bangsa kita sendiri
Catat Ulasan