Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 20 Disember 2014

DAP MENGHINA PAS SERTA CABAR KELUAR PAKATAN JIKA MAHU HUDUD


DAP semakin biadap menghina para pemimpin PAS dimana dalam satu kenyataan yang Admin pm petik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bertegas mengingatkan PAS bahawa hukum hudud yang diperjuangkan parti itu bukan sesuatu yang penting kerana sejarah membuktikan rekod buruk parti Islam itu dalam pilihan raya.
Dengan nada sinis, Dap menghina pemimpin Pas dimana Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengimbas bagaimana PAS terpaksa menunggu 50 tahun untuk merampas Perak dan Kedah setelah bersetuju bergabung dalam pakatan pembangkang yang tidak bersetuju melaksanakan hudud.
“Jika jika undang-undang Islam itu begitu penting, PAS sudah pasti akan memenangi setiap pilihan raya sejak 50 tahun lalu dan tidak perlu menunggu 50 tahun sehingga Pilihan Raya 2008 untuk memenangi Kedah dan Perak melalui penyertaan bersama PKR dan DAP,” kata Guan Eng dipetik portal The Malaysian Insider.
Menurut Guan Eng, PAS mesti mematuhi kesepakatan yang dipersetujui dalam pakatan pembangkang untuk menumbangkang Barisan Nasional (BN), bukannya dengan melaksanakan hudud.
Pemimpin DAP itu menegaskan, melaksanakan hudud bermakna PAS mengkhianati suara 80% pengundi bukan Islam yang mengundi mereka pada pilihan raya umum lalu.
Katanya, pengundi bukan Islam mengundi PAS bukan kerana parti itu mahu melaksanakan hudud, sebaliknya mahu menjadikan Malaysia lebih baik di bawah pemerintahan pakatan pembangkang.
“PAS tidak seharusnya meninggalkan tadbir urus kerajaan yang baik semata-mata mempercayai UMNO akan membantu mereka melaksanakan hudud kepada Muslim di Kelantan kerana ia bakal melenyapkan asas Perlembagaan Persekutuan dan menggagalkan usaha Pakatan Rakyat (PR) menyelamatkan Malaysia daripada rasuah dan BN,” tambah Guan Eng.
Jika sebelum ini pemimpin DAP menggunakan alasan bahawa UMNO juga tidak bersetuju dengan hudud, Guan Eng kali ini percaya bahawa PAS mahu melaksanakan hudud kerana berharap akan mendapat sokongan dari UMNO.
”UMNO tidak akan mengalami sebarang kerugian kecuali untuk kembali memenangi undi bukan Islam yang hilang kerana PAS pada 2013,” kata Guan Eng dipetik portal itu.
Polemik keretakan hubungan PAS dan PKR kembali tercetus apabila kepimpinan PAS Kelantan – negeri yang diperintah parti Islam itu selama lebih dua dekad – mahu meneruskan hasrat untuk melaksanakan hudud tidak lama lagi.
DAP yang secara terbuka menentang pelaksanaan hukum tersebut mencabar PAS supaya keluar daripada pakatan pembangkang jika mahu melaksanakannya.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah bagaimanapun meminta supaya DAP yang berbuat demikian jika tidak berpuas hati dengan hasrat PAS melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.
Terbaru, Setiausaha DAPSY Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid hari ini menyatakan kesediaannya berdebat dengan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Zaharuddin Muhammad berkenaan undang-undang Hudud.
Para pemerhati politik menyifatkan pertembungan ideologi PAS dan DAP tidak akan berakhir memandangkan falsafah perjuangan kedua-dua parti itu yang jauh berbeza malah bagi admin pm selagi Pas bersama Pakatan perjuangan mereka sebenarnya bukan menegakkan Islam malah merosakkan nama Islam dengan cabaran yg dibuat Dap lahnatullah ini
Bagi Umno perlaksanaan hudud ini memang wajar dibincangkan agar jika keadaan serta setuasi masalah sebenar perlaksanaannya dapat di selesaikan kelak ini turut di suarakan oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno iaitu Dato Irmohizam yang berlapang dada sekiranya ada pemimpin Pas yg mahu duduk semeja membincangkan isu berkenaan Hudud ini
Pas sewajarnya lebih mementingkan Islam dari mementingkan kuasa dengan keluar dari pakatan dan menyahut seruan Guan Eng agar agar Pas keluar dari Pakatan jika benar benar mahu melaksanakan hukum2 Islam malah admin pm masih sangsi dengan keputusan yg bakal pas buat kerana pas lebih cenderung mempertshankan Dap lahnatullah ini dari mempertahan Islam renung renungkan para sahabat Fillah semua
Catat Ulasan