Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 26 November 2014

‘Satu juta tandatangan” untuk halang mansuh Akta Hasutan


KUALA LUMPUR
: Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan wanita UMNO tidak akan bersetuju sekiranya Akta Hasutan 1948 dihapuskan.
Shahrizat berkata beliau dan Exco telah membuat ketetapan untuk bergabung tenaga bagi menggerakkan satu kempen untuk mendapatkan sejuta tandatangan menggesa kerajaan supaya tidak memansuh Akta Hasutan 1948 demi keselamatan, keamanan dan perpaduan tanah air.
Beliau berkata satu juta tandatangan yang terkumpul itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seawal mungkin sebagai bukti Wanita UMNO memandang serius perkara tersebut dengan harapan Najib dan kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya.
Shahrizat yang mewakili wanita UMNO mendesak kerajaan bagi mengekalkan Akta Hasutan 1948 dengan penambahbaikan yang bersesuaian dan mengambilkira keperluan menjaga hak-hak seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, bagi menjamin keselamatan rakyat dan kepentingan negara.
“Pada masa yang sama penggubalan Akta Keharmonian Nasional juga wajar diteruskan untuk mempromosi dan menggalakkan semangat harmoni dan saling hormat menghormati di antara semua kaum di Malaysia.
“Akta ini tidak sewajarnya bersifat menghukum tetapi lebih menumpukan kepada elemen memupuk semangat saling hormat menghormati di antara kaum yang berbeza agama dan kebudayaan,” jelas beliau.
Katanya, wanita UMNO bertegas untuk meminta kerajaan berjanji beberapa perkara-perkara berikut yang dilarang dari segi perundangan negara iaitu mendatangkan kebencian dan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja.
Perkara-perkara yang dimaksudkannya termasuk mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; mempersoalkan apa-apa hak, kedudukan, keistimewaan kedaulatan atau prerogatif sebagaimana yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutan,” ujarnya.
Beliau berharap Najib serta kabinet akan berfikir panjang sebelum membuat keputusan memansuhkan Akta Hasutan 1948.
Catat Ulasan