Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 10 November 2014

NOH: BN Selangor terima positif teguran Tun M 
TERIMA TEGURAN DEMI MEMPERKUAT UMNO SELANGOR
Bagaikan satu peluru bagi pembangkang diberi Tun kepada pentaksub media pembangkang akan tetapi sebenarnya ianya tidak seindah apa yang mereka harapkan
Barisan Nasional (BN) Selangor menganggap teguran yang dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu teguran positif oleh seorang bapa terhadap anak.
Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata BN Selangor sangat terbuka kepada teguran terhadap jentera parti itu lebih-lebih lagi daripada tokoh negarawan dan bekas pemimpin yang banyak berjasa kepada negara.
“Kita melihat semua teguran yang diberikan, termasuk pandangan Tun Dr Mahathir mengenai pengundi-pengundi golongan muda dan kita tidak nafikan ia sangat penting untuk menjaga pengundi muda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) Selangor di Ampang dekat sini, Ahad.
Katanya BN Selangor menghargai pandangan beliau (Tun Dr Mahathir) dan berterima kasih terhadap segala pandangan dan kritikannya. BN Selangor juga akan berusaha melakukan penambahbaikan dalam parti.
Dr Mahathir dalam tulisan di laman blog, chedet.cc pada Rabu lepas telah menegur Umno Selangor supaya memberi lebih tumpuan kepada Generasi Y dan melakukan penyusunan semula pimpinan parti di negeri itu.
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Noh berkata BN Selangor kini perlu mengeratkan perpaduan di kalangan anggota parti komponennya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.
“Selain perpaduan, gerak kerja yang lebih intensif dengan mengenal pasti setiap pengundi di Selangor juga penting untuk mencapai tujuan utama kita iaitu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat,” katanya.
Sementara itu Presiden PPP, Tan Sri M. Kayveas berkata PPP terbuka untuk membantu BN terutama di Selangor dalam perjuangan menawan semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat.
“Saya menyeru BN Selangor supaya mengguna pakai jentera kempen PPP dalam membantu BN, kita ada jentera yang kuat, jika BN tidak menggunakan jentera kami, ianya menjadi satu kerugian,” katanya.
Katanya, terdapat lebih 80,000 anggota PPP di Selangor dan lebih 600,000 anggota di seluruh negara yang sudah mendaftar sebagai pengundi bersedia membantu BN mengerakkan jentera kempen dalam pilihan raya akan datang.
Catat Ulasan