Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 10 November 2014

MB SELANGOR DIBIDAS GARA2 LONGGOKAN SAMPAH DI DEPAN RUMAH IBU NYA ?

Selangor amat beruntung apabila mendapat seorang MB baru yang dulu kononnya bersedia berkhidmat 24 jam mencuba sedaya upaya menyelesaikan masalah di Selangor namun ternyata semuanya hanyalah retorik politik semata mata 

Walaupun sebelum ini Azmin pernah membuat kenyataan jika nampak sampah telifon beliau namun hakikatnya sampah didepan rumah ibu nya pun tidak mampu di urusnya heehee

Selangor sebuah negeri yang pesat membangun. Banyak kawasan kediaman baru telah didirikan untuk menampung pertambahan penduduk yang berhijrah ke Selangor bagi merebut peluang pekerjaan. Ini menyebabkan taman-taman perumahan wujud bagai cendawan selepas hujan. Pihak Berkuasa Tempatan, PBT akan mengeluarkan lesen dan memberi kelulusan kepada pemaju untuk membina taman perumahan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
Setiap taman perumahan yang telah siap dibina dan dihuni oleh penduduk akan diserahkan kepada PBT oleh pemaju untuk diurus tadbir mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh PBT. PBT pula akan melantik wakil penduduk yang dikenali dengan Ahli Majlis Perbandaran yang biasanya dilantik oleh parti pemerintah bagi menjaga kepentingan penduduk setempat.
Penduduk pula membayar sejumlah cukai pintu yang ditetapkan oleh PBT dan dana dari hasil kutipan ini digunakan untuk tujuan membayar kos penyelenggaraan asas seperti sisa  buangan terjadual dan tidak terjadual disamping penyelenggaraan infrastruktur asas seperti  jalan taman, lampu jalan dan penyelenggaraan taman dan lain-lain demi manfaat dan kesejahteraan penduduk.
Jika masalah sampah ini terus berlarutan diharap para penduduk fikir fikirkanlah untuk mengundi Pakatan pada PRU14 akan datang
Catat Ulasan