Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 7 November 2014

Iskandar M’sia catat pelaburan baharu RM24.97 bilion – Datuk Seri Najib

KUALA LUMPURPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Iskandar Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan baharu bernilai RM24.97 bilion sejak Januari tahun ini.
“Sejak Januari 2014, adalah amat menggalakkan untuk menarik perhatian bahawa Iskandar Malaysia telah berjaya menarik pelaburan baharu bernilai RM24.97 bilion.
“Bagi pelaburan komited sahaja, Iskandar Malaysia telah memperoleh RM156.51 bilion sejak 2006 dengan 51 peratus atau RM79.17 bilion telah direalisasikan setakat ini,” kata Najib dalam entri terbarunya dalam laman Facebook malam tadi.
Beliau juga mengumumkan kelulusan rancangan Pembangunan Komprehensif 2014-2025 bagi Iskandar Malaysia.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pengumuman itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Penasihat ke-16 Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), semalam.
Katanya Malaysia mengamalkan prinsip ekonomi bebas dan terbuka berdasarkan pertumbuhan pasaran dan percaya bahawa pertumbuhan pelaburan di Iskandar Malaysia adalah bukti yang menggalakkan.
Catat Ulasan