Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 6 November 2014

Azmin jadi ‘bapa’ segala hipokrit kalau teruskan Kidex – Noh Omar

Noh-Omar
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali disifatkan bakal menjadi ‘bapa’ segala hipokrit selepas memutuskan untuk meneruskan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Azmin kini sudah mula menunjukkan sikap sebenarnya dan melupakan hasrat untuk menjadi pemimpin berjiwa rakyat.
“Saya percaya apa yang dibuatnya selama ini ‘cakap tidak serupa bikin’. Azmin mula menayangkan belang sebenar dan ia bermotif kepentingan peribadi.
“Ini hipokrit namanya, Memang ini sikap setiap lapisan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan Azmin menjadi ketua kepada semua hipokrit di sana,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Noh mengulas mengenai keputusan Azmin untuk meneruskan perjanjian Kidex walaupun ia menjadi salah satu alasan Menteri Besar Selangor sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak untuk meletakkan jawatan.
Azmin dilaporkan akan mengkaji semula dan mendedahkan kepada umum perjanjian Lebuhraya Kidex dan mendapatkan taklimat daripada pihak berkenaan mengenai perjanjian yang dimeterai sebelum mengambil langkah seterusnya.
Abdul Khalid semasa memegang jawatan menteri besar sebelum ini dilaporkan berkeras mahumeneruskan projek Kidexdan tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak.
Abdul Khalid juga sebelum ini pernah menerima memorandum bantahan Kidex daripada badan bukan kerajaan (NGO), Say No To Kidex (SNTK).
Sebuah akhbar baru-baru ini turut melaporkan keluhan Pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang, Shahrunizad Sahar yang menyifatkan Azmin sepatutnya mempunyai perancangan pembaharuan dalam pentadbiran negeri dan mendakwa menteri besar itu sudah lama mengimpikan jawatan berkenaan.
Dalam pada itu jelas Noh, pemimpin PR lain juga didesak untuk menyatakan pendirian masing-masing terhadap isu ini.
“Kita hendak tengok adakah Kidex itu perjuangan rakyat atau perjuangan peribadi PR secara keseluruhannya.
“Senang sahaja, jika mereka menyokong Azmin, ini terbukti selama ini pemimpin PR ini memang sengaja mencari alasan untuk menukar Abdul Khalid,” jelasnya.
Tindakan Azmin itu turut mendapat sokongan Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua di dalam laman Twitternya.
Projek lebuh raya sepanjang 14 kilometer dengan anggaran kos RM2.2 bilion itu sebelum ini mendapat bantahan penduduk setempat yang mendakwa ia akan memusnahkan alam sekitar.
Selain itu, ia turut dilihat menjadi faktor harga hartanah merudum, dan disifatkan bukan penyelesaian yang bijak kepada masalah lalu lintas.
Azmin pada minggu pertama menjadi menteri besar mengakui mahu mencontohi inspirasi turun padang seperti yang dilakukan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).
Bagaimanapun, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias meminta Azmin membuktikan hasratnya untuk menjadi seperti Jokowi dan melebihkan masa bersama rakyat negeri.

-AWANI.COM
Catat Ulasan