Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 27 Oktober 2014

KEKECOHAN BAKAL BERLAKU MALAM ISNIN INI DI UM ?

Sudah pasti UM bakal bergegar gara gara pentaksubnya dan menurut sumber dari satu berita yang pm terima malam tadi dikatakan kekecohan hampir pasti berlaku dalam program pidato “40 Tahun:Dari Universiti Malaya Ke Penjara” anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) di Dataran Dewan Tunku Canselor UM.
Ia berikutan pengurusan UM bertegas melarang penganjuran program itu tetapi Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pula berdegil mahu meneruskan pidato berkenaan.
Malah, satu paparan skrin perbualan Whatsapp mengenai rancangan PMUM untuk merempuh masuk ke dalam UM jika pihak universiti menghalang mereka kini tersebar meluas dalam media sosial.

Perbualan Whatsapp itu dipercayai membabitkan Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol dengan Timbalan Setiausaha beliau, Leong Yu Sheng.

Pendedahan perbualan itu mendapat reaksi kurang senang sebilangan pengguna media sosial yang bimbang akan berlaku ketegangan dan kekecohan teruk di UM pada Isnin ini.
“Pihak Pentadbiran UM perlu bertindak segera bagi memastikan kegiatan radikal seperti ini tidak berlaku di dalam UM,” kata seorang pengguna media sosia

Mahasiswa seharusnya tidak terjebak dengan gerakan yang di luarbatas pemikiran mereka jangan terpedaya membela insan yang tidak sepatutnya

P/s dari sahabat facebook pm renung renungkan

Catat Ulasan