Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 28 Oktober 2014

PENTAKSUB TEGAR ANWAR BIADAP REMPUH UM !!! ?

Memang benar seperti jangkaan pm semalam bahawa bakal berlaku rempuhan di dalangi penyokong Anwar di UM mereka bagaikan hilang pertimbangan sehingga sanggup melanggar peraturan kampus
Adakah ini tidak adil sahabat pm semua sedangkan pihak UM sebenarnya tidak dapat sebarang permohonan dari mana2 pihak yang mahu menjalankan program bersama Anwar ini
Akhirnya mereka berpelakuan seperti beruk siapa yang hendak dipersalahkan apabila Sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak merempuh pintu utama Universiti Malaya (UM) untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu pada Isnin malam.
Dalam kejadian pada pukul 9.20 malam itu, kumpulan tersebut berjaya merempuh masuk pintu arah Bangsar selepas ia dikunci bagi tujuan keselamatan manakala pintu lain dibuka dengan kawalan.
Ketika rempuhan berlaku, pemimpin politik seperti Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan turut berada di barisan depan kumpulan berkenaan.
Antara yang kelihatan hadir di pintu masuk utama UM itu ialah Presiden PMUM, Fahmi Zainol.
Kumpulan berkenaan kemudian berarak ke Dataran DTC UM yang merupakan lokasi pidato bertajuk  ’40 Tahun Dari UM Ke Penjara’ akan diadakan.
Anwar yang diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tiba di UM pada pukul 9.45 malam.
Maka hancurlah harapan ibu bapa mereka mahu melihat anak anak mereka berjaya dalam bidang akedemik kalau beginilah jadinya pentaksub Anwar ini ...

Isnin, 27 Oktober 2014

KEKECOHAN BAKAL BERLAKU MALAM ISNIN INI DI UM ?

Sudah pasti UM bakal bergegar gara gara pentaksubnya dan menurut sumber dari satu berita yang pm terima malam tadi dikatakan kekecohan hampir pasti berlaku dalam program pidato “40 Tahun:Dari Universiti Malaya Ke Penjara” anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) di Dataran Dewan Tunku Canselor UM.
Ia berikutan pengurusan UM bertegas melarang penganjuran program itu tetapi Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pula berdegil mahu meneruskan pidato berkenaan.
Malah, satu paparan skrin perbualan Whatsapp mengenai rancangan PMUM untuk merempuh masuk ke dalam UM jika pihak universiti menghalang mereka kini tersebar meluas dalam media sosial.

Perbualan Whatsapp itu dipercayai membabitkan Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol dengan Timbalan Setiausaha beliau, Leong Yu Sheng.

Pendedahan perbualan itu mendapat reaksi kurang senang sebilangan pengguna media sosial yang bimbang akan berlaku ketegangan dan kekecohan teruk di UM pada Isnin ini.
“Pihak Pentadbiran UM perlu bertindak segera bagi memastikan kegiatan radikal seperti ini tidak berlaku di dalam UM,” kata seorang pengguna media sosia

Mahasiswa seharusnya tidak terjebak dengan gerakan yang di luarbatas pemikiran mereka jangan terpedaya membela insan yang tidak sepatutnya

P/s dari sahabat facebook pm renung renungkan

Isnin, 20 Oktober 2014

SERTAI PAS DIKIRA JIHAT ATAU DIKIRA JAHAT ?


Benarkah bagai apa yang dikata oleh pendekar ini bahawasanya perbezaan yang ketara diantara Pas dan Umno ialah "UMNO menggunakan kuasa Politik menegakkan Islam

" manakala "PAS menyalahgunakan Islam untuk menegakkan kuasa Politik mereka sahaja tidak lebih dari itu sahaja"

Adalah lebih malang pm rasa mereka ini lah yang di paksa merendah rendahkan islam bilamana dibuli oleh sekutu mereka dalam pakatan pembangkang dan dalam masa yang sama mereka sengaja mendabik dada kononnya merekalah yang memperjuang Islam walhal sering terbukti segala tindakannya memertabat Islam tiada apa yang dapat kita lihat.

Pas tidak mampu mempertahankan Islam, contohnya dalam isu kalimah Allah, mereka gagal mempertahankan kalimah suci itu apabila membenarkan ia diguna pakai oleh bukan Islam sedangkan perkara ini berkaitan dengan soal akidah

Pas juga sanggup menggadai identiti Islam setelah membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid serta berucap di dalamnya dan keadaan ini ternyata bercanggah dengan amalan di zaman kerajaan Rasulullah.

Islam membenarkan tahaluf siyasi bersama bukan Islam tetapi ia hendaklah dilaksanakan mengikut acuan Islam sebenar yang boleh memberi keadilan kepada seluruh ummah.

"Tahaluf siyasi dalam Islam tidak bersifat kekal. Ia suatu keperluan pada suatu masa selagi kepentingan Islam tidak tergugat. Namun jika sebaliknya maka dari segi hukum tahaluf tersebut perlu dikaji semula," katanya.

Dari sudut politik pula, tahaluf siyasi antara Pas dengan DAP dan PKR itu menyebabkan kuasa orang Melayu semakin terhakis akibat berlakunya perpecahan sesama sendiri YANG SENANG SIAPA ? Tak ker DAP jugak.

"Lihat apa yang berlaku ke atas Pas itu sendiri, pengaruhnya kian lemah manakala sokongan orang Melayu terhadap parti itu merosot dan terbukti kuasa DAP bertambah ia terbukti pada PRU13 yang lepas.

PM menyarankan Pas mengkaji semula tahaluf siyasi berdasarkan garis panduan yang betul atas alasan pengaruh parti itu semakin lemah apabila sering dihina oleh sekutunya.