Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 23 September 2014

PRK PENGKALAN KUBOR - KELANTAN SEBENARNYA ANAK EMAS KERAJAAN PUSAT

PENGKALAN KUBOR – Pengarah Jentera Pilihanraya BN, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari inimenafikan bahawa Kerajaan Pusat bertindak zalim kepada Kelantan sepertimana yang diwar-warkan oleh parti pembangkang di PRK Dun Pengkalan Kubor.
Mustafa berkata sebaliknya Kerajaan Pusat telah menjadikan Kelantan sebagai ‘anak emas’ yang sering mendapat tempat pentadbiran.
“Kita sudah buat banyak pembangunan di Kelantan…kata kita zalim, rakyat Kelantan ditindas ini adalah fitnah semata-mata.
“Daripada defisit belanja mengurus tidak cukup biayai belanja mengurus dan belanjanya dibiayai oleh Kerajaan Pusat RM590 juta dalam tempoh lapan tahun.
“Kerajaan Pusat dengan hati terbuka membantu, kalau dia kata kita zalim… Kita sekat tidak benar kita tidak berilah wang tersebut,tahun lepas misalnya RM86 juta kita berikan untuk menampung defisit belanja mengurus Kelantan.
“…malah dalam beberapa hal Kelantan adalah ‘anak emas’ ini termasuklah  kesedian kerajaan pusat untuk mebiayai defisit belanja mengurus itu, kita nyatakan ini bukan untuk takbur tetapi untuk maklumkan kerajaan pusat sentiasa bersama rakyat kelantan,” katanya  kepada media di Pusat Media, Jabatan Penerangan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Mohamed menggesa kesemua jentera melipat gandakan kempen bagi menghadapi hari-hari terakhir sebelum pengundian dan sabar dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut.
“Apa yang penting, kita selesaikan dengan sikap kematangan, jangan timbul pergaduhan sesama kita.
“Ia akan menjejaskan, saya mahu semua pihak bersabar, kerja kuat tapi penuh berhemah,” katanya.