Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 8 Ogos 2014

SELANGOR AKAN HANCUR GARA GARA PKR LEBIHKAN HIBURAN DARI ISU MEMBELA RAKYAT

terima kasih PR luluskan lesen hiburan di tmpat majoriti melayu...
Sejak Selangor ditadbir Parti Keadilan Rakyat (PKR), pelbagai isu timbul seperti masalah bekalan air,rumah urut,perjudian, kutipan sampah, rampasan Bible berbahasa Melayu, cadangan memansuhkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan kemelut Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) serta sengaja mencipta pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang, Mac lepas kini satu lagi perkara yang menjanggalkan di buat PKR dengan sibuk membina pusat Hiburan di kawasan Mejoriti Melayu amat mendukacitakan rakyat Selangor
Belum pun isu-isu itu diselesaikan, kini muncul pula isu baharu iaitu pertukaran Menteri Besar yang meresahkan rakyat, sekaligus memungkinkan pilihan raya negeri diadakan jika penyelesaian secara baik tidak dicapai. Gabungan longgar PKR-DAP-Pas sering melaungkan bahawa mereka adalah pakatan harapan rakyat, namun persoalannya apakah perlu rakyat menaruh harapan lagi kepada pakatan selepas pelbagai masalah yang timbul?

Ramai yang percaya isu pertukaran Menteri Besar ini boleh dilaksanakan dengan baik tetapi ia telah berlaku sebaliknya. Ini memperlihatkan kegagalan PKR dalam menguruskan kemelut dalaman parti dengan baik

GENG PKR sudah mula mengadakan edisi ceramah jelajah Selangor untuk menjatuhkan MB Selangor, Khalid Gagap. Malam tadi bertempat di Ampang, ceramah yang diadakan disebalik majlis makan malam bersama Jijah telah diadakan. Antara yang disentuh adalah berkenaan kebobrokan Khalid Gagap dalam mentadbir kerajaan negeri Selangor. Pasal skandal, pasal hutang serta pasal elaun yang diterima oleh Khalid Gagap semua dibongkarkan kepada umum. Yang lagi best, Jijah dedahkan semua ni kat hadapan pengundi Cina Ampang supaya terus membenci kepimpinan Khalid Gagap 

Nampaknya segala keburukan yang mereka selindung serta nafikan sebelum ini telah di sahkan benar oleh mereka sendiri gara gara kerakusan mereka untuk membolot kekayaan dunia melalui politik kotor dalam pakatan pembangkang dalam negara kita 
Catat Ulasan