Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 20 Ogos 2014

Kemelut dalam PKR -Khalid pecat exco dari PKR, DAP


Selepas dipecat oleh partinya, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini membuat kejutan apabila dilihat bertindak balas dengan memecat kesemua exco dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Khalid dilaporkan memecat exco terbabit kerana tidak bersetuju dengan ‘pasukannya’ iaitu empat wakil rakyat Pas yang bersamanya dalam mentadbir Selangor.
Menurut beliau, semua surat yang dihantar kepada lima exco, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini berkuatkuasa serta-merta manakala surat kepada Rodziah Ismail belum dilakukan kerana berada di luar negeri.
“Exco telah membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok tujuannya mengurangkan keberkesanan exco.
“Oleh itu saya menulis surat kepada sultan meminta supaya exco ini tidak meneruskan kerjanya dalam kerajaan negeri Selangor,” katanya seperti dipetik portal Malaysiakini.
Senarai exco dipecat
DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan
RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita
EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram
ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar
DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi
GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin
Sebelum ini keenam-enam exco ini telah mengeluarkan kenyataan bersama untuk kekal dalam jawatan mereka tetapi tidak mahu menemui Khalid untuk bekerjasama kecuali dalam mesyuarat rasmi exco.
Sementara itu, laporan itu turut memetik kenyatan Khalid menafikan khabar angin beliau menyerahkan borang keahlian Pas hari ini.
Catat Ulasan