Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 20 Ogos 2014

BERI RUANG UNTUK PM TUNJUKKAN KEHEBATAN MENTAKBIR NEGARA

KENYATAAN MEDIA - RESPON KEPADA TULISAN
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD MENARIK BALIK
SOKONGAN KEPADA PERDANA MENTERI,
DATO’ SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK


1.    Saya berpandangan
kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengkritik dasar kerajaan dari masa ke
masa sebagai sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan beliau yang kita tahu masih
dan terus mengambil berat tentang hal-hal negara. Bagaimanapun, kenyataan
menerusi blognya yang mengatakan beliau menarik balik sokongan kepada Perdana
Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah sesuatu yang luar biasa.


2.    Sebagai menteri dalam
kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Najib, saya merasakan kadangkala Tun
Dr. Mahathir mungkin membuat tafsiran yang kurang tepat terhadap Perdana
Menteri kita. Saya percaya Perdana Menteri sentiasa terbuka dengan pandangan
pelbagai pihak dan mengambil berat setiap kritikan, terutama daripada tokoh
negara seperti Tun Dr. Mahathir.


3.    Setiap Perdana
Menteri mempunyai gaya kepimpinan tersendiri dan secara peribadi mereka
mempunyai isu-isu rakyat yang rapat dengan hati masing-masing. Malaysia sungguh
bertuah kerana dianugerahkan Perdana Menteri yang sentiasa meletakkan rakyat di
tempat paling atas dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, zaman
Tun Dr. Mahathir sendiri, kemudian membawa kepada era Tun Abdullah dan kini di
bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib.

 
4.    Melalui dasar
pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dikritik oleh Tun Dr. Mahathir
misalnya, Dato’ Seri Najib menunjukkan keprihatinan beliau kepada permasalahan
rakyat ketika kos sara hidup menjadi isu yang membara di Malaysia dan juga di
seluruh dunia. Ketika Tun Dr. Mahathir menyumbang bakti sebagai ketua kerajaan
dahulu (1981-2003), memang beliau mempunyai cara tersendiri untuk menangani
implikasi isu kos sara hidup, tetapi mungkin persekitaran dan betapa mudaratnya
isu tersebut ketika itu tidak sehingga memerlukan pendekatan seperti yang Dato’
Seri Najib perkenalkan sekarang.


5.    Mengenai tuduhan BR1M
membazir duit negara, persepsi tersebut adalah salah. BR1M sebenarnya merupakan
cara baru pembayaran subsidi kepada yang lebih layak dan kumpulan sasar yang
tepat. Apabila subsidi minyak dikurangkan, penjimatan dari subsidi digunakan
untuk pemberian BR1M. Jika tidak, rakyat berpendapatan rendah akan hadapi
tekanan akibat kenaikan harga minyak yang memberi kesan kepada kenaikan
barangan lain. Ini merupakan langkah bijak Dato’ Seri Najib dalam memastikan kesejahteraan
rakyat tidak terjejas sekaligus mengurangkan defisit negara. Tidak mungkin
dasar Dato’ Seri Najib silap sedangkan Malaysia telah mencapai kadar
pertumbuhan 6.4% untuk suku tahun kedua 2014 dan merupakan pencapaian
pertumbuhan terbaik di kalangan negara ASEAN.


6.    Bukan maknanya cara
lama tidak bagus, tetapi kita wajar memperhalusi bahawa sesuatu dasar kerajaan
di Malaysia juga digubal dan dipengaruhi statistik baharu, input semasa
daripada para pegawai kerajaan, fakta-fakta yang diketengahkan oleh rakyat
melalui parti politik dan NGO, serta mendapat sokongan rakan-rakan dalam
kepimpinan kerajaan. Dalam kesemua kritikannya terhadap Dato’ Seri Najib, saya
berpendapat  Tun Dr. Mahathir perlu melihatnya dalam konteks yang saya
nyatakan tadi.


7.    Saya berharap Tun Dr.
Mahathir memberi ruang dan peluang untuk Dato’ Seri Najib mengemudi kerajaan
dengan caranya yang tersendiri.

8.    Saya percaya mungkin
teguran Tun Dr. Mahathir adalah sebagai bapa kepada anak. Kita hormat Tun Dr.
Mahathir sebagai ‘bapa’. Cuma, alangkah baiknya jika teguran seorang bapa
kepada anak tidak dibuat secara terbuka dan bukan di khalayak ramai.

9.    Sebagai Ketua UMNO
Bahagian Bera, mewakili seluruh ahli jawatankuasa dan ahli UMNO bahagian Bera,
saya melahirkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Dato’
Seri Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO dan menyokong segala
dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri selama ini.

HABIS

YB
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani
Ahli
Majlis Tertinggi UMNO
Ketua
UMNO Bahagian Bera
Catat Ulasan