Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 4 Julai 2014

Saya cuma mahukan bandar raya ini cantik – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR – “Saya ada terbaca kata-kata kesat yang dilemparkan kepada saya, saya ingin maklumkan bahawa itu bukan niat saya.
“Saya harap masyarakat faham masalah sebenarnya. Saya mahukan bandar raya ini cantik dan bersedia untuk mendengar dan meminda apa-apa yang patut,” kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Menerusi laman facebooknya, beliau memberi reaksi bahawa kenyataannya berhubung isu gelandangan telah disalah tafsir serta diberi persepsi berbeza dengan niat asalnya.

Jelas Ahli Parlimen Putrajaya itu, beliau tidak pernah menghalang usaha murni badan-badan bukan kerajaan (NGO) atau orang perseorangan untuk membantu golongan fakir miskin.

Sebaliknya beliau hanya mahu menjadikan bandaraya Kuala Lumpur lebih bersih dan bersedia mendengar sebarang cadangan dan meminda peraturan yang perlu bagi menjadikan ibu negara Malaysia ini lebih baik daripada sebelumnya.

Tengku Adnan juga bersedia untuk memberi penjelasan kepada orang ramai yang telah tersalah tafsir kenyataan beliau.

Menyentuh mengenai kenyataan beliau yang melarang orang ramai memberi derma kepada pengemis, Tengku Adnan berkata, maksud sebenarnya adalah derma tersebut sepatutnya diberikan kepada saluran yang betul seperti pusat zakat, masjid atau rumah-rumah ibadat mengikut kepercayaan masing-masing.

Ini katanya bagi memastikan bahawa sumbangan tersebut dapat diagihkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

“Kebanyakan pengemis tepi jalan ini merupakan bukan rakyat Malaysia. Kita dapat tangkap, kita dapat laporan.

“Ada juga pengemis ini yang duduk di Federal Hotel. Ini pengemis dari China,” katanya.
Catat Ulasan