Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 14 Julai 2014

Mahmoud Abbas minta PBB lindungi Palestin

PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas akan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meletakkan Palestin di bawah “perlindungan antarabangsa” susulan keganasan yang semakin buruk di Gaza, kata Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
Dalam satu kenyataann, PLO memaklumkan Mahmoud akan menyerahkan surat permohonan itu kepada Penyelaras Khas PBB bagi Proses Damai Asia Barat, Robert Serry. Surat itu ditujukan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.
Mahmoud juga mahu sebuah suruhanjaya siasatan bagi menyiasat serangan udara Israel ke atas Gaza yang didakwa  bagi menghentikan serangan roket pejuang Palestin ke wilayah Yahudi, lapor AFP.
Anggota kanan PLO, Hanan Ashrawi dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat eksekutif PLO itu berkata Mahmud sedang “mengambil beberapa langkah untuk menangani keadaan yang buruk di Gaza”.
Mahmoud juga meminta Switzerland, pemegang amanah Konvensyen Geneva mengenai perlindungan orang awam semasa perang, untuk meminta negara penandatangan dokumen itu mengenakan sekatan ke atas Israel yang bertanggungjawab ke atas keselamatan orang awam sebagai pihak yang menjajah.
Pengiktirafan PBB ke atas Palestin sebagai negara bukan anggota membolehkan Palestin menandatangani beberapa konvensyen antarabangsa termasuk Konvensyen Geneva.
Israel melancarkan Operasi Perlindungan Sempadan sebelum Subuh pada Selasa dalam usaha menghentikan serangan rentas sempadan oleh kumpulan pejuangan di Gaza. Serangan udara tentera rejim Zionis itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 166 terbunuh setakat Ahad dengan lebih 1,000 orang cedera.
Dalam pada itu, PLO akan meminta menteri-menteri luar Liga Arab yang akan bersidang di Kaherah pada Isnin bagi membincangkan keadaan di Gaza supaya “menerima draf resolusi pada peringkat menteri” untuk dibentangkan kepada Majlis Keselamatan PBB.
Palestin juga akan mendesak satu mesyuarat khas Majlis Hak Asasi Manusia PBB “untuk menangani keadaan yang serius di Gaza dan mempertanggungjawabkan Israel atas pencabulan undang-undang antarabangsa.” — Agensi
Catat Ulasan