Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 2 Julai 2014

Isu UMCEDEL dan kaitannya dengan Anwar

DR. REDZUAN OTHMAN
APABILA terpapar berita bahawa Pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Redzuan Othman kononnya diminta meletakkan jawatan sebagai pengarah penyelidikan, pasti tidak ramai orang Malaysia yang bersungguh untuk mengetahui kebenaran di sebalik perkembangan itu. Kebanyakannya hanya bergantung kepada maklumat atau komen-komen dalam media sosial serta portal berita untuk mengutuk kerajaan dalam isu tersebut.
Redzuan dan UMCEDEL menjadi popular selepas Perdana Menteri, Najib Razak menafikan hasil satu kajian yang dijalankan pusat itu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013. Kajian itu menyebut bahawa Pakatan Rakyat mempunyai manifesto yang lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN). Ramai juga yang mengkritik penafian BN ketika itu. Persoalannya, takkanlah semudah itu kajian tersebut membuat kesimpulan sedemikian?
Jawapannya, ya. Memang semudah itu. Professor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman bukanlah pakar penyelidikan sosial. Kepakaran beliau hanyalah dalam bidang Sejarah dan Politik Timur Tengah, Kefahaman Islam dan Ketamadunan Islam di Malaysia. Kalau itulah kesnya, kenapa pula Redzuan dilantik mengepalai UMCEDEL?
Untuk memahami perkara itu, kita perlu kembali kepada hari ketika Professor Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon dilantik sebagai Naib Canselor UM yang ke-10 (2008-2013). Dr. Ghauth dan Redzuan diketahui adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim yang mempunyai agenda menyebar sentimen anti kerajaan dalam kalangan pelajar dan kakitangan UM. Redzuan, yang pernah berjuang dalam ABIM bersama Anwar, adalah orang tengah antara Anwar dan pemimpin UM yang pro-Anwar. Malah, bukan lagi menjadi rahsia bahawa Redzuan telah diminta membatalkan forum menggandingkan anak Anwar, Nurul Izzah dan Datuk Saifuddin Abdullah. Namun, Redzuan bertindak angkuh meneruskan forum berkenaan, menunjukkan ketidakpatuhannya terhadap peraturan.
Awal tahun ini, calon Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, Zaid Ibrahim mendakwa ada campur tangan Anwar dalam keputusan kajian UMCEDEL di Kajang yang menunjukkan kononnya rakyat kawasan itu menyambut baik cadangan untuk menjadikan Anwar sebagai Menteri Besar selain menafikan pandangan bahawa pengundi Kajang menyifatkan pilihan raya itu membazir wang rakyat.
Hari ini, Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Abdul Rahmad Dahlan mengatakan bahawa kajian UMCEDEL adalah berat sebelah selain mempertikaikan integriti pusat tersebut. Selain mempersoalkan kaedah sampel dan saiz sampel yang digunakan, Abdul Rahman mencetuskan perdebatan hangat di Twitter berhubung kredibiliti UMCEDEL termasuk dengan pemimpin DAP seperti Liew Chin Tong dan Ong Kian Ming.
Hakikatnya begini. Selain kelemahan aspek teknikal dan metodologi dalam kajian UMCEDEL, hasil kajiannya juga cacat kerana pusat itu mempunyai hubungan dengan Anwar dan bekerjasama untuk ‘brainwash’ pelajar dan kakitangan UM supaya membenci kerajaan. Untuk menjalankan kajian politik sebegini, penyelidik atau pusat itu sendiri sepatutnya bebas dari kepentingan mana-mana parti politik.
Berdasarkan kiraan itu, UMCEDEL tidak sewajarnya membenarkan Redzuan menjalankan kajian berkenaan kerana kaitannya dengan Anwar. UMCEDEL telah dimanipulasi oleh seorang ketua yang menggigit tangan yang memberinya makan. Dengan cara itu, UMCEDEL dilihat cuba membentuk pemikiran publik melalui hasil kajian yang dimanipulasi supaya pengundi cenderung mengundi Pakatan Rakyat pada 2013.
Amat jelas, terdapat plot yang disusun oleh Anwar untuk menggugat kestabilan kerajaan melalui siri pembohongan yang dilakukan orang seperti Redzuan serta laman-laman web. Apa yang kerajaan lakukan sekarang ialah untuk mencegah daripada ‘kanser pembohongan’ daripada terus berleluasan. Justeru, wujud kewajaran moral untuk meminta Redzuan meletak jawatan, lebih-lebih lagi kerana penyelidikannya yang meragukan dan tidak boleh dipercayai.
Oleh itu, jangan mudah membuat kesimpulan awal terhadap perkara yang anda baca, terutamanya apabila ia mempunyai kaitan dengan Anwar. Selalulah berfikir di luar kotak setiap kali membaca artikel. Uji ketepatan dan kebolehpercayaan sesuatu bahan berita sebelum menyalahkan kerajaan.
Selepas semua ini, kini anda lihat kaitannya dengan Anwar? Sebarkan!
Huan Cheng Guan
Presiden Pusat Kesedaran Politik Malaysia.
Catat Ulasan