Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 14 Julai 2014

Giant siasat dakwaan ayam tidak disembelih

Benarkah ayam yang di beli di Giant tidak di sembelih seperti yang di dakwa seorang pemilik fb ini?pepagi lagi terbaca pulak kes ini maklumlah admin pm pun selalu membeli ayam di pasaraya ini jadi minta perkara ini di siasat sedalam dalamnya hendaknya

Sebelum ini kecoh kes coklat ini ayam pula menjadi perbualan di Media sosial persoalannya apakah ini satu sabotaj perniagaan ataupun perkara ini benar benar berlaku dan jika benar memang sewajarnya perkara ini di ambil tindakan tegas oleh pihak yang berkenaan
SHAH ALAM - Pasar raya besar Giant sedang menyiasat dakwaan berkaitan gambar yang disebar secara meluas dalam internet menunjukkan terdapat kesan tebuk pada leher ayam yang didakwa dijual pasar raya itu yang dipercayai tidak disembelih mengikut kaedah Islam.

Seorang pegawai pasar raya itu ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya amat mengharapkan pengirim gambar itu tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

“Kami sudah cuba menghubungi pengirim gambar berkenaan melalui Facebook tetapi tiada jawapan. Individu berkenaan juga telah mengesahkan melalui komen pada gambar tersebut bahawa ayam itu tidak dibeli di pasar raya Giant tetapi di kedai runcit,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, pihaknya juga mahu pengirim gambar itu menyerahkan pembalut ayam itu yang mengandungi maklumat pembekal kepadanya bagi memudahkan siasatan.

Ujarnya, Giant juga melakukan pemeriksaan terhadap semua pembekal yang membekalkan ayam dan mendapati kesemua mereka mematuhi peraturan  ditetapkan.
“Kami tidak mahu ada masalah dengan mengambil ayam yang tidak disembelih dengan betul kerana pembeli kami kebanyakannya Islam," katanya.

Kelmarin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan ada pasar raya menjual ayam yang tidak disembelih mengikut kaedah Islam.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Muhammad Naim Mohd Aziz berkata, pihaknya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memeriksa pasar raya itu dan mendapati ayam yang dijual adalah halal dan mematuhi syarak.

“Kita dapati pembekal ayam ke pasar raya itu (Giant) kesemuanya adalah pemegang sijil halal yang sah dan tidak ada sebarang keraguan yang timbul," katanya.
sumber Sinar Harian seperti yang admin pm petik 
Catat Ulasan