Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 30 Julai 2014

CURAHAN RASA MANTAN SETIAUSAHA POLITIK : MB KEDAH


Saya tak berhasrat utk membuka pekung atau mengungkit segala kisah lalu. Tapi bila Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli mula mengungkit stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi antara Selangor- Kedah itu tidak wajar. PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB Kedah pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati tetapi sikap sebenar PKR sgt busuk hati dan keji tetapi bertopeng kononnya atas nama perjuangan rakyat!

Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU12 dulu adalah hari2 membilang kerusi. Allahyarham Ust Azizan, MB Kedah akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?

Di mana si Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR termasuk Anwar Ibrahim yang minta PAS supaya mencontohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?
Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan PR supaya jangan tumbang di tengah jalan. ADUN2 PKR Kedah ketika itu amat keji dgn cubaan melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang.

Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu  si Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution ada di mana? Membisu dan langsung tak bersuara!

Sorang ADUN yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat, menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak...lalu jadi senjata musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya DSAI telah arahkan dia meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau lepaskan jawatan Exco sahaja.

DSAI tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama melarikan dia daripada komplot BN yang bersiap utk membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuk, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, menguruskan hotel persembunyian, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan segala makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung!

PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki ADUN PKR yang belum melompat...

PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang ADUN PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) diakhbar hampir seratus ribu. MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran ADUN-ADUNnya?

Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan Amal PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap. Tugasan ini tidak perlu dilakukan pun jika ADUN-ADUN PKR tidak membuat onar bertemu utk berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang! ADUN PKR ini mengugut macam2. Sebulan lebih mereka ke hulu ke hilir meninggalkan keluarga dan kerja, pimpinan PKR di mana?

PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas ADUN yang Anwar arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di India, atas janji mereka kepada pengorbanannya.

Uruskan belanja dan keperluan bulanannya sehingga habis penggal, termasuk penyediaan tempat tinggal (rumah) dan hutang piutangnya! Bukan sedikit, beratus ribu! PKR di mana masa itu? Bukanlah dia orang PKR?

Saya tidak bermaksud mengecilkan pengorbanannya, saya salute kesanggupannya, tapi sayang! PKR di semua peringkat telah mengabaikan nasibnya yang telah berkorban untuk partinya. Ada sesiapa dari PKR yang pernah bertanya khabar anak isterinya?

Selama dua bulan lebih dia menjadi pelarian atas kehendak PKR di India, anak isterinya tinggal di mana? Kamilah yang menguruskannya!

Pernahkan si Rafizi atau
Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka?

Pernahkan penganut Hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan 'tokong' dan bersembahyang di ruang tamu rumah si Rafizi di depan anak dan isterinya? Si Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Jawapannya..mereka ni peduli pun tidak, apalagi bertanya!

Apa lagi PKR buat untuk Kedah?

Sepanjang sejarah PR jadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan sorang sorang Exco drp PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya... Pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu. Elaunnya sekitar RM17 ribu, tuntutan perjalanannya mencecah RM23 ribu! Siapakah yang menutupi keaiban besar ini?

Lima ADUN PKR yang asal dan seorang yg menang PRK Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri! Tidakkah ini pelik! Tidak bertolak ansurkah lagi PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizin/mengarahkan tolak ansur ini kalau bukan Presiden PAS, tempat tumpah kesetiaan dan kepatuhan MB Kedah masa itu.

Mungkin tak cukup kerusi Exco, berebut pulak hendakkan jawatan Senator sampai seorang Ketua Cabang PKR sanggup keluar parti sewaktu PRK Bkt Selambau. Mereka menuntut macam-macam keistimewaan untuk diri sendiri dan kaumnya yang belum dapat dipenuhi, MP Padang Serai keluar parti. MP yang jarang pedulikan kawasan, tidak pernah turut serta dalam program peringkat kawasan dan negeri, tapi meminta peruntukan itu dan ini, akhirnya melompat jugak...

Adakah si Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah orang-orangnya? Adakah si Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas karenah yang dibuat oleh ADUN-ADUN PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak pernah walaupun sekali..!

Belanja program parti PKR pun minta daripada PAS, termasuk belanja kontinjen PKR Kedah ke PRN Sarawak. MB terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya, atas alasan PKR tiada belanja nak uruskan parti. Bila lulus dengan harga yang sama dengan pihak lain (RM16 ribu sehektar), diulang lagi memohon pengurangan harga pula. PAS Kedah tidak pernah mengambil kesempatan jenis ini! PKR tidak malu pun untuk mengulang meminta.

Ahli2 Majlis PBT PKR hampir sama ramai dengan PAS walaupun kerusi mereka hanya lima berbanding PAS yg ada 16 kerusi, MKK pun begitu juga... Belum saya ceritakan gelagat Ahli Majlis PKR yang berniaga dan melindungi perniagaan sendiri atas kapasiti mereka di PBT. Tak diberi muka maka pelbagai ugutan yg mereka keluarkan. Siapakah mereka kalau bukan pimpinan PKR?

Ustaz Azizan terpaksa menebal muka mempertahankan pencalonan Darjah Kebesaran (Dato') untuk orang-orang besar PKR dihadapan Tuanku Sultan memandangkan belum ada jasa untuk disenaraikan. Hanya ada jawatan dalam parti yang jarang diambil kira oleh pihak istana. Saya boleh senaraikan penerimanya kalau mahu, termasuk yang kononnya bercakap pandai itu. Mereka meminta secara direct tanpa ada perasaan bersalah dan malu..Siapa mereka ini kalau bukan pemimpin-pemimpin Cabang PKR??

Bintang-bintang dan pingat yang lebih kecil tak perlulah disebutkan. Berebut-rebut dan merajuk kalau tak dapat, marah kalau orangnya tak lekat, mahunya pada pingat dan kebesaran bagai semut menghurung gula! Sungguh memual dan memalukan perangainya para pemimpin PKR ini!

PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah ini. Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung, terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS seperti menjadi hamba. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan PR dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam...

Dengan karenah yang berbagai-bagai itu, patut saja mereka tidak ikut campur dalam krisis yang dicetuskan oleh seorang ADUN PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan MB!

Kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu. Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!

Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB
Kedah masa tu?

Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?

Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah ADUN dan MP PKR yang melompat. Ia membangkitkan kebencian dan meluat.

Walaupun menang di kerusi mereka apabila mengemukakan semua muka baru, bekas-bekas ADUN yang tidak dicalonkan melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengundi Melayu yang menyimpan geram dan meluat dengan gelagat PKR menghukum calon-calon PR di kawasan-kawasan Melayu, PAS lah yang menanggung akibatnya! Ada hati nak mengungkit? Tak malu?

Hari ini tokoh yang mengarahkan PAS Kedah terus bersabar, mengarahkan MB Kedah terus bertolak ansur untuk memelihara kukuh Pakatan Rakyat di Kedah pada waktu lalu sedang diberi kata dua, di suruh menjawab itu dan ini hanya kerana dia menyatakan keputusan partinya. Saya menanggung perit yang tersimpan selama ini hanya kerana susuk ini yang mengarahkan MB meraikan saja kelemahan, menutup kekurangan dan menampung apa yang kurang pada mereka. Itulah dakwah politik kita masa itu. Itulah toleransi Presiden PAS yang dipatuhi oleh Almarhum Ustaz Azizan.

Tak ada sedikit rasa malukah dengan kebaikannya selama ini mengarahkan segala kelemahan dan kekurangan malah kesialan kamu diraikan saja malah ditutup? Bila lemah meruntun bila rasa kuat mula jalan pun mulalah mendongak! Sedar dirilah wahai PKR dan DAP!

Luahan Hati,
Sanusi
Mantan Setiausaha Politik
Almarhum Ust Azizan

Sabtu, 26 Julai 2014

JASA ROHAIDA : BUKTI PAS PUN MENENTANG WAN AZIZAH DARI MENJADI MB SELANGOR

Balik kampung nanti jumpa saudara mara penyokong PAS, jangan lupa sindir disertai senyuman dengan nada yang elok. Sebab itukan sedara kita, kita buat secara halus je. Jangan kasar-kasar. Tanyakan kepada mereka:

1.Yob sokong Wan Azizah ke Tan Sri Khalid?

2.Yob Wan Azizah anak jati Selangor ke?

3.Yob oklah untuk jadi MB tak perlu anak jati, tapi rasa Sultan perkenan ke?

4.Yob PAS kan perjuangkan Islam, ada baca hadis nabi tak? Nabi cakap: “Tidak akan berbahagia / berjaya suatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada wanita (mengangkat wanita sebagai pemimpin) .” -hadis sahih Al-Bukhari. So disebabkan PAS perjuangkan Islam, PAS kena konsisten jadikan Alquran dan Hadis sebagai panduan. Mana boleh jadikan orang yang memimpin PAS adalah perempuan. Penerangan hadis ada link dibawah.

5.Yob apa sejarah jasa Wan Azizah pada rakyat? Antara Wan Azizah dan Tan Sri Khalid, siapa lagi banyak berjasa dan pengalaman?

6.Apa perubahan Kajang sekarang setelah Wan Azizah ambil alih? Kalau kajang pun tak ada perubahan, macam mana nak bawa perubahan pada Selangor?

7.Yob kenapa PAS Selangor bantah Wan Azizah jadi MB?
(Kalau ditanya sapa PAS Selangor tu jawab Pesuruhjaya PAS Selangor iaitu Iskandar Samad. Pastukan perlikan sekalI: "takkan tak tau kot sapa PAS Selangor tu, saya ni selalu ikut juga perjuangan PAS sbb benda baik kita ikut, tak baik kita tinggalkan, ye dok? tu sebab saya tau") Bukti link ada dibawah.

8.Yob tau tak kalau Wan Azizah ambil alih jadi MB Selangor, perjanjian air kerajaan Selangor dan kerajaan Persekutuan akan dibatalkan? Yakin kan dia, nampak tak permainan dan kejahatan keluarga Anwar? Bukti link ada dibawah

9.Yob PAS sendiri tak nak merasa ke jadi MB? Kerusi PKR tercorot di Selangor tapi kerusi PAS tertinggi di Selangor.

10.Yob PAS banyak jasa dapatkan kerusi teringgi di Selangor, kenapa jawatan exco PAS semua jawatan yang tak penting dan sampah? Yang penting penting semua bagi PKR dan DAP pegang. Pastu senaraikan contoh jawatan exco PAS Selangor:

Exco PAS Selangor :
-PAS:Belia Dan Sukan
-PAS:Pe
[9:31 PTG 24/07/2014] Jasa Rohaida: ndidikan Tinggi
-PAS:Hal Ehwal Islam
-PAS:Timbalan Speaker
(Yakinkan diorang, jawatan tak penting macam ni tak berbaloi dengan usaha tawan Selangor)

Exco PKR/DAP Selangor:
-PKR:Pembangunan Usahawan
-PKR:Perlancongan
-DAP:Kerajaan Tempatan
-DAP:Perindustrian
-DAP:Ketua Speaker
(buat kesimpulan pada penyokong PAS bahawa PAS ditindas dan lebih berhak jadi MB atau jangan bagi Wan Azizah jadi MB, beritahu dia PAS kena lawan PKR Wan Azizah. Cerita dekat dia kalau Wan Azizah naik Selangor mungkin lagi akan huru hara sebab dia tak ada pengalaman, hanya sekadar nama presiden bagi ganti suami dia. So kalau jadi MB, dia tak boleh buat keputusan sebab anak dan suami dia yang akan arah itu ini, akhirnya Selangor jatuh kepada UMNO. Takut-takutkan PAS, dan cakap ini akan lemahkan pakatan dan menguatkan UMNO)

*OBJEKTIF, NADA DAN GAYA KITA:
-laga lagakan PAS dan PKR
-puji PAS melambung tinggi
-ingatkan dia jasa PAS banyak bantu tawan Selangor
-berlakon kita turut bersedih sebab PAS ditindas PKR.
-kasi kipas serta air cond tentang perjuangan PAS
-bagi dia naik syeikh serta syok bercerita iaitu dengan cara cakap UMNO tak boleh pakai serta tak boleh harap, sebab banyak internet judi, spa urut dan along ceti haram tak ditutup. So PAS kena jadi MB Selangor untuk tutup semua judi spa tu semua.(Kalau PAS jadi MB selangor lagi best, sebab boleh terlepas Selangor macam PAS terlepas Kedah)
-Kalau dia kata tak kisah jadi MB ke tak, yakinkan dia Tan Sri Khalid bagus buat kerja, lambungkan Tan Sri Khalid buat reserve selangor naik, buat selangor hutang berkurang, selangor makin tersusun dan effisien.

*HASIL LEPAS KITA MENGHASUT:
So kalau Wan Azizah jadi MB jawabnya PAS akan dendam, dan kalau tak jadi MB pun, akhirnya masuk jerat. Sbb isu air pun Khalid tak settle settle lagi. Baik Wan Azizah jadi MB atau tidak itu perkara kedua. Yang penting kita laga lagakan serta pecah belahkan PAS dengan PKR dulu. Senang nak menghadap PRU14. Jangan lupa study point point ni. Motto raya kita kali ini: "Sambil balik kampung, sambil berjuang!"

*TIPS
[9:31 PTG 24/07/2014] Jasa Rohaida: KALAU TAK BOLEH HAFAL:
Pada yang susah nak hafal tu, nanti time nak brainwash otak PAS, pegang phone sekali, sambil cakap dengan PAS tu sambil tengok phone, buat buat macam surf internet or tengok gambar raya, sambil tu baca point point ni dan bancuh PAS. Ingat tau "Sambil balik kampung, sambil berjuang!".

Sumber Bukti PAS bantah Wan Azizah jadi MB:
http://www.rakyatnews.my/index.php/20140722207752/politik/pas-selangor-bantah-tindakan-pkr-gugur-khalid-ibrahim

Sumber Bukti MB Baru akan cancelkan perjanjian air negeri Selangor:
http://www.rakyatnews.my/index.php/20140723208332/politik/perjanjian-air-dikaji-semula-jika-wan-azizah-jadi-mb-selangor

Sumber Bukti Senarai Exco Selangor:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/senarai-portfolio-dan-exco-selangor-1.165440

Sumber penerangan hadis Nabi, tidak akan berjaya jika perempuan memimpin:
http://www.penaminang.com/2014/07/wanita-menjadi-pemimpin.html#axzz38N8Wj2AW

Sumber Sultan punya kuasa mutlak untuk perkenan jadi MB Selangor:
http://www.sinarharian.com.my/politik/pelantikan-menteri-besar-di-bawah-kuasa-sultan-1.245404

Rabu, 23 Julai 2014

Selangor bakal berdepan pilihan raya mengejut jika Khalid kena undi tidak percaya

SHAH ALAM – Pilihan raya negeri mengejut mungkin akan berlaku di Selangor sekiranya Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa berdepan dengan usul undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana enggan berundur atas desakan partinya untuk menyingkirkan dirinya, kata peguam.
Peguam Perlembagaan berpendapat, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mungkin akan menggunakan kuasa sultan sekiranya Khalid membuat permohonan membubarkan DUN berdasarkan peruntukan dalam perundangan dan Perlembagaan negeri.
Mereka menjangkakan pelbagai senario bakal berlaku jika Khalid enggan berundur selepas PKR mengambil keputusan menggantikan beliau dengan presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata, DUN Selangor boleh mengeluarkan Akuan Berkanun (SD) bagi menunjukkan mereka tidak lagi menyokong Khalid.
“Perwakilan boleh dihantar untuk mengadap Sultan bagi menunjukkan tahap keyakinan jika kebanyakannya tidak lagi bersama Khalid
Beliau berkata, senario itu akan menyaksikan sultan boleh melantik mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dicadangkan Pakatan Rakyat (PR) untuk menggantikan Khalid.
Aziz berkata, cara alternatif lain adalah melalui usul undi tidak percaya dibuat terhadap Khalid, dan jika tewas, beliau perlu meletakkan jawatan.
“Berdasarkan beberapa prinsip Perlembagaan, sultan perlu melantik menteri besar baharu apabila Khalid disahkan tewas,” katanya.
Aziz berkata, undi tidak percaya pernah dilakukan terhadap bekas menteri besar Selangor Datuk Harun Idris pada 1975 dan bekas menteri besar Kelantan pada 1978 Datuk Muhamed Nasir, daripada PAS.
Undi tidak percaya mungkin akan berlaku memandangkan Khalid semalam berkata, beliau berpegang kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang memperuntukkan proses tertentu untuk menggantikan kepimpinan negeri.
“Sehingga proses tersebut selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang diamanahkan oleh rakyat Selangor yang memilih saya melalui proses pemilihan yang sah.
“Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi kerana Selangor mempunyai tatacara pelantikan menteri besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri,” katanya.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR pada Isnin memutuskan memilih Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor untuk melengkapkan “Langkah Kajang” bagi menggantikan Khalid.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, nama isterinya itu dicadangkan dan beliau yakin Wan Azizah mampu memastikan kestabilan dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR).
Majlis Tertinggi PR dijangka bertemu hari ini untuk meluluskan keputusan PKR bagi melantik menteri besar baharu.
PR hanya memerlukan undi majoriti mudah untuk menggugurkan Khalid selepas mereka membuat keputusan, sekiranya Khalid enggan berundur.
Meliputi pakatan antara DAP, PAS, dan PKR, PR mempunyai jumlah 44 kerusi DUN dengan Barisan Nasional (BN) memperolehi sejumlah 12 kerusi. PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi manakala baki 14 kerusi milik PKR.
Peguam Nizam Bashir berkata, berdasarkan undang-undang tubuh kerajaan negeri, menteri besar dan barisan exco perlu menyerahkan surat peletakan jawatan jika Khalid tewas undi tidak percaya.
Beliau berkata, sultan akan melantik Adun lain, yang mana menurutnya dipilih majoriti Adun untuk menjadi menteri besar baharu, dan Khalid juga berhak meminta Sultan membubarkan DUN bagi membolehkan rakyat Selangor memilih kerajaan baharu.
“Sultan bagaimanapun berhak menolak permintaannya dan melantik Adun lain sebagai menteri besar,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Nizam berkata, segala keputusan sultan akan memberikan gambaran kehendak rakyat.
“Semua keputusan akhirnya dilakukan mengikut kepentingan rakyat,” katanya.
Peguam kanan yang bercakap atas kapasiti enggan didedahkan identitinya berkata, keputusan sultan untuk membubarkan DUN juga tidak boleh dicabar di mahkamah.
“Apabila sultan menerima nasihat Khalid, tiada sesiapa yang boleh mencabarnya, meskipun berlaku proses penggantian yang lancar,” katanya.
Peguam Syahredzan Johan berkata, kekalahan Khalid melalui usul undi tidak percaya dan berlakunya pembubaran DUN bakal mencetuskan situasi bahaya kerana beliau menentukan sama ada PRK akan dilakukan atau tidak.
“PRK dijangka berlaku sekiranya Khalid memohon kepada sultan untuk membubarkan DUN,” katanya.
Syahredzan, bagaimanapun berkata, sukar untuk menggugurkan Khalid kerana jika itu berlaku, semua barisan exco juga perlu meletakkan jawatan.
Beliau percaya Khalid mempunyai sokongan yang mencukupi untuk kekal berkuasa.
“Adakah PR yakin untuk menggantikan menteri besar baharu tanpa pembubaran DUN,” katanya.
Khalid menerima tekanan daripada kepimpinan PR untuk berundur ekoran tadbir urusnya di Selangor.
Ini termasuklah pengurusan sumber air, Lebuhraya Kidex, dan rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN SAHABAT PM SEMUA


Di kesempatan ini, Admin @pm dengan penuh rendah diri  ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam, dan khususnya kepada rakan-rakan blogger dan FB yang mengenali diri Admin ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin.. . Ampun dan maaf dipinta, kiranya ada salah dan silap yg disengaja atau tidak...

Semoga kedatangan syawal kali ini dirai dengan seribu kesyukuran wassalam....

Ada putri makan Kentang
 kentangnya dimakan bersama ikan
 hari yang fitri sudah datang
 Segala salah mohon dimaafkan..


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin

Isnin, 21 Julai 2014

ANWAR PERJUANG NAMA ISTERI SEBAGAI CALON MB SELANGOR YANG BARU BAGI MENGUATKAN KUASA PARTI ANAK BERANAK ?

Anwar Ibrahim dilihat tidak berpuas hati dengan cadangan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang dicadangkan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu dan dengan selamba mahu isterinya juga Menjadi MB Selangor yang baru.

Ia susulan ‎‎notis memanggil mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Khas pada Isnin dipercayai rentetan pertemuan Anwar bersama MPN Selangor‎ pada Jumaat lepas. ‎
Menurut sumber, ‎ia selaras Fasal 23 (1)(a) Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat yang memberikan kuasa memutuskan calon-calon bagi jawatan-jawatan politik di peringkat Persekutuan dan menggubal peraturan atau garis panduan bagi pelantikan politik di peringkat Negeri.

‎”Anwar dalam kenyataannya semalam masih menggambarkan kecenderungannya untuk memilih isterinya iaitu Wan Azizah sebagai MB yang baru akan tetapi dia lupa yang Wan Azizah bukannya orang Selangor jadi admin pm rasa pastinya ramai yang akan membantah keputusan ini terutama dari rakyat Selangor yang sememangnya berhak mahukan orang tempatan memelihara pentakbiran Negeri sendiri.‎
Menurut Anwar lagi “Ia ‎sekali gus tidak selari dengan cadangan konsensus yang mahukan Azmin menggantikan Abdul Khalid sebagai MB,” ujarnya.

Sebelum ini, MPN Selangor mencadangkan ‎nama Azmin sebagai MB Selangor berdasarkan senioritinya di Dewan Negeri Selangor sejak 1999 selain pengalaman dalam Kerajaan dan juga pembangkang serta kesetiaan yang teruji.
Jelas sumber itu lagi, mesyuarat khas pada malam Isnin itu turut menjemput ‎semua ADUN PKR Selangor.
“Mereka perlu mengesahkan penerimaan notis dan kehadiran pada malam esok.
“Notis dihantar Setiausaha Ibu Pejabat PKR pada awal pagi tadi,” katanya.‎ ‎ Pada Isnin, teka-teki status Azmin untuk ‘naik’ menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu hampir terjawab selepas PAS dan DAP memberi persetujuan terhadap perlantikannya dalam satu pertemuan tertutup PR.‎
Bagaimanapun pada Rabu, Abdul Khalid bertegas tidak mahu jawatannya diganggu-gugat sesiapa dan mahu kekal sehingga akhir penggal pentadbirannya.
Kemelut itu turut melihat Anwar yang dilihat cenderung untuk  meletakkan isterinya sekali gus Presiden PKR dan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Abdul Khalid.‎
‎Sebelum ini, Abdul Khalid juga menyatakan tidak akan bimbang apa-apa jika adanya usul undi tidak percaya daripada ADUN PR sendiri untuk ‘menjatuhkannya’.
Abdul Khalid turut dikatakan akan melepaskan jawatannya selepas hari raya atau selewat-lewatnya September depan.
Ia dikatakan usaha susulan pihak tertentu yang mahu menjatuhkan Abdul Khalid selepas kegagalan strategi ‘langkah Kajang’‎ sebelum ini namun bagi admin ini rakyat seharusnya bijak untuk menolak Parti yang cukup kontrevesi ni dan cuba bayangkan sehingga sekarang pun mereka gagal mengeluarkan keputusan penuh pemilihan PKR di Negeri ini dan kalau dulu pandai pula dia mendesak agar SPR letak jawatan dan sebagainya kini eloklah semua pemimpin PKR tu pula didesak letak jawatannya tak ke itu perkara yang terbaik sepatutnya mereka lakukan. 

Isnin, 14 Julai 2014

Mahmoud Abbas minta PBB lindungi Palestin

PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas akan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meletakkan Palestin di bawah “perlindungan antarabangsa” susulan keganasan yang semakin buruk di Gaza, kata Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
Dalam satu kenyataann, PLO memaklumkan Mahmoud akan menyerahkan surat permohonan itu kepada Penyelaras Khas PBB bagi Proses Damai Asia Barat, Robert Serry. Surat itu ditujukan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.
Mahmoud juga mahu sebuah suruhanjaya siasatan bagi menyiasat serangan udara Israel ke atas Gaza yang didakwa  bagi menghentikan serangan roket pejuang Palestin ke wilayah Yahudi, lapor AFP.
Anggota kanan PLO, Hanan Ashrawi dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat eksekutif PLO itu berkata Mahmud sedang “mengambil beberapa langkah untuk menangani keadaan yang buruk di Gaza”.
Mahmoud juga meminta Switzerland, pemegang amanah Konvensyen Geneva mengenai perlindungan orang awam semasa perang, untuk meminta negara penandatangan dokumen itu mengenakan sekatan ke atas Israel yang bertanggungjawab ke atas keselamatan orang awam sebagai pihak yang menjajah.
Pengiktirafan PBB ke atas Palestin sebagai negara bukan anggota membolehkan Palestin menandatangani beberapa konvensyen antarabangsa termasuk Konvensyen Geneva.
Israel melancarkan Operasi Perlindungan Sempadan sebelum Subuh pada Selasa dalam usaha menghentikan serangan rentas sempadan oleh kumpulan pejuangan di Gaza. Serangan udara tentera rejim Zionis itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 166 terbunuh setakat Ahad dengan lebih 1,000 orang cedera.
Dalam pada itu, PLO akan meminta menteri-menteri luar Liga Arab yang akan bersidang di Kaherah pada Isnin bagi membincangkan keadaan di Gaza supaya “menerima draf resolusi pada peringkat menteri” untuk dibentangkan kepada Majlis Keselamatan PBB.
Palestin juga akan mendesak satu mesyuarat khas Majlis Hak Asasi Manusia PBB “untuk menangani keadaan yang serius di Gaza dan mempertanggungjawabkan Israel atas pencabulan undang-undang antarabangsa.” — Agensi

Boikot produk Israel berkesan jika libatkan dunia

time_mahathir1
LANGKAWI – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan memboikot barangan yang dikaitkan dengan Israel hanya memberikan kesan jika ia dibuat secara besar-besaran melibatkan masyarakat dunia.
Katanya tindakan memboikot melibatkan kelompok yang kecil tidak mendatangkan hasil kecuali ia dibuat secara menyeluruh yang membabitkan seluruh dunia.
“Saya menyokong usaha-usaha memboikot barangan Israel supaya dapat ditingkatkan ke seluruh dunia”, katanya pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa dan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim anjuran Jetty Point Langkawi di Masjid Darus Salam Nyior Cabang di sini, malam ini.
Cadangan memboikot produk berkaitan Israel itu berikutan serangan regim Zionis ke atas Palestin hingga mengakibatkan ratusan rakyatnya terkorban. – Bernama

CHEGU BARD SYAK PAS BERSEKONGKOL TARIK MB SELANGOR MASUK PAS ?

Kunjungi secara 'mengejut' Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pertemuan itu didedahkan Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau yang digantung keahliannya iaitu Badrul Hisham Shahrin, menerusi laman Facebooknya dan bagi menguatkan pendedahan tersebut, beliau turut memuat naik gambar pertemuan berkenaan di laman fb miliknya.

Lebih menarik apabila Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard membangkitkan soal apakah pertemuan yang berlangsung di rumah Abdul Khalid mempunyai kaitan dengan khabar angin kononnya Menteri Besar Selangor itu bercadang mahu menyertai Pas.

"Diberitakan secara tiba-tiba semalam diadakan pertemuan tengah malam antara Tan Sri Abdul Khalid, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali di kediaman peribadi Tan Sri Abdul Khalid. Kenapa tiba-tiba dan tengah malam?

"Macam-macam cerita muncul. Adakah ini berkaitan dengan tekanan mutakhir ini dan Tan Sri Abdul Khalid akan masuk Pas? Politik ini seribu kemungkinan," kata Badrul Hisham sebagaimana dipetik dari laman Facebooknya hari ini.

PKR sebelum ini memperkenalkan 'Langkah Kajang' bertujuan untuk menggulingkan Abdul Khalid tetapi seni politik Menteri Besar Selangor itu ternyata sukar diduga kerana beliau masih utuh bertahan walaupun berdepan dengan tekanan dari pelbagai sudut.

Pada Jumaat lalu, tersebar khabar angin kononnya Abdul Khalid mungkin menyertai UMNO berikutan kemesraan yang dipamerkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Selangor sehari sebelum itu.

SELEPAS LANGKAH KAJANG GAGAL MAKA STRATEGI BARU DI BUAT BAGI MENGEKALKAN KUASA KELUARGA ANWAR DALAM PKR ?

Kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menerima asakan pengunduran bertubi-tubi daripada sekutunya yang secara terang-terangan tidak berpuas hati dengan cara pemerintahan beliau walhal jika kita selidik Khalid adalah lebih baik dari calon calon yang mereka cadangkan untuk menggantikan beliau dan kalau sahabat sahabat tak percaya anda selidiklah kebenarannya malah khalid di sukai oleh sebahagian penjawat awam yang merasakan khalid bukanlah terbaik akan tetapi lebih baik dari yang lain lain dalam Pr pada masa ini.

Senario PR ketika ini ialah sedang mengumpul suara dari akar umbi setiap cabang parti termasuk Adun dan Ahli Parlimen untuk dibawa ke peringkat pimpinan pusat seterusnya memuktamadkan status menteri besar itu.

Adun Batu Caves (PKR), Amirudin Shari berkata, penilaian corak pemerintahan Abdul Khalid sedang ditimbang tara berdasarkan beberapa kepincangan dan kelemahan yang dihadapi kerajaan negeri dalam tempoh mutakhir ini.

“Buat masa ini komponen PR sedang berbincang keperluan pengunduran Abdul Khalid bermula dari akar umbi sebelum koleksi pandangan berkenaan dibawa ke peringkat tertinggi untuk diputuskan sama ada kekal atau diturunkan.

Amirudin memberi bayangan seolah-olah pengunduran Abdul Khalid itu perlu dilakukan  tetapi keputusan besar itu wajar ditimbang tara secara teliti kerana setiap perubahan drastik memerlukan penyesuaian terbaik.

Katanya, pertukaran itu perlu tapi banyak penyesuaian baharu harus difikirkan.

"Kita takut salah pandang jika tergesa-gesa dan ia mendatangkan risiko PR pada Pilihan raya Umum ke -14 akan datang.
“Adun dan ahli parlimen sedang bincang termasuk juga akar umbi sama ada penentuan kekal atau tidak. Ia dalam proses dan tak perlu tergesa-gesa kerana banyak perkara wajar dipertimbangkan masak-masak, gesaan saya cuma keputusan ini perlu dibuat,” katanya.

Kelmarin, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perbincangan tertutup berhubung kedudukan menteri besar itu dibuat secara tertutup dan persefahaman telah dicapai bagaimanapun langkah itu tidak dilakukan secara tergesa-gesa.

Ditanya mengenai calon gantian yang bakal mengambil alih tampuk pemerintahan Selangor sekiranya pengunduran ini terlaksana, beliau hanya memaklumkan antara nama yang dicanang ialah Mohamed Azmin Ali dan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail manakala Pas juga ada calon mereka namun bagi admin pm calon itu berkemungkinan besar milik wan azizah maklumlah PKR kan parti anak beranak untuk menghimpun harta sebanyak mungkin dan sebelum ini langkah kajang telah gagal dan di situ juga ita sedar yang calon yang di mainkan adalah wan azizah sebelum anwar menarik diri untuk bertanding gara gara tahu keputusan mahkamah tidak menyebelahinya.

Sekali lagi admin pm menasihatkan rakan rakan agar berhati hati dalam memilih siapa yang hendak kita pilih pada pru14 di selangor agar negeri ini lebih tersusun serta kemajuannya berterusan malah dapat membersihkan lagi selangor dari aktiviti maksiat rumah urut yang berleluasa dan tiada cara lain hanya dengan mengundi BN maka tiadalah pusat2 urut di kawasan melayu seperti dulu Insyaallah.

TERESSA KOK DAN NURUL IZZAH SAH MEMEGANG WATAK UTAMA DALAM CERITA LAWAK TOP 2014 ?

Pandai betul mereka ni berlakon er sehinggakan rakyat yang menyokong Pakatan ni semudah abc di perbodohkan oleh mereka dan parti parti di bawah pakatan pembohong ini kwangkwang...kwang...

Giant siasat dakwaan ayam tidak disembelih

Benarkah ayam yang di beli di Giant tidak di sembelih seperti yang di dakwa seorang pemilik fb ini?pepagi lagi terbaca pulak kes ini maklumlah admin pm pun selalu membeli ayam di pasaraya ini jadi minta perkara ini di siasat sedalam dalamnya hendaknya

Sebelum ini kecoh kes coklat ini ayam pula menjadi perbualan di Media sosial persoalannya apakah ini satu sabotaj perniagaan ataupun perkara ini benar benar berlaku dan jika benar memang sewajarnya perkara ini di ambil tindakan tegas oleh pihak yang berkenaan
SHAH ALAM - Pasar raya besar Giant sedang menyiasat dakwaan berkaitan gambar yang disebar secara meluas dalam internet menunjukkan terdapat kesan tebuk pada leher ayam yang didakwa dijual pasar raya itu yang dipercayai tidak disembelih mengikut kaedah Islam.

Seorang pegawai pasar raya itu ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya amat mengharapkan pengirim gambar itu tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

“Kami sudah cuba menghubungi pengirim gambar berkenaan melalui Facebook tetapi tiada jawapan. Individu berkenaan juga telah mengesahkan melalui komen pada gambar tersebut bahawa ayam itu tidak dibeli di pasar raya Giant tetapi di kedai runcit,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, pihaknya juga mahu pengirim gambar itu menyerahkan pembalut ayam itu yang mengandungi maklumat pembekal kepadanya bagi memudahkan siasatan.

Ujarnya, Giant juga melakukan pemeriksaan terhadap semua pembekal yang membekalkan ayam dan mendapati kesemua mereka mematuhi peraturan  ditetapkan.
“Kami tidak mahu ada masalah dengan mengambil ayam yang tidak disembelih dengan betul kerana pembeli kami kebanyakannya Islam," katanya.

Kelmarin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan ada pasar raya menjual ayam yang tidak disembelih mengikut kaedah Islam.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Muhammad Naim Mohd Aziz berkata, pihaknya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memeriksa pasar raya itu dan mendapati ayam yang dijual adalah halal dan mematuhi syarak.

“Kita dapati pembekal ayam ke pasar raya itu (Giant) kesemuanya adalah pemegang sijil halal yang sah dan tidak ada sebarang keraguan yang timbul," katanya.
sumber Sinar Harian seperti yang admin pm petik 

Jumaat, 4 Julai 2014

KERAJAAN PKR SELANGOR BAKAL KUTIP DUIT LEBIH LUMAYAN DENGAN MELULUSKAN PUSAT PERJUDIA LUMBA KUDA SEBESAR CASINO LAS VEGAS !!! ???

TAHNIAH kepada Pentaksub Pentaksub pakatan yang membagun bersama dengan judi dan rumah urut untuk di majukan kerajaan negeri Selangor yang telah bermurah hati meluluskan tapak projek pembinaan pusat perjudian lumba kuda terbesar di Asia. Kalau kira ukuran mahu lebih kurang Casino terbesar di Las Vegas seperti yang di war warkan.

Khalid Ibrahim tampa segan silu mendakwa hendak menaikkan ekonomi negeri dengan menjadikan Hulu Selangor sebagai satu hub pelancongan berasaskan perjudian seperti di Genting Highlands, Pahang nampaknya serangan mereka terhadap BN dahulu rupa rupanya serangan berbentuk untuk berpolitik secara kotor sahaja namun hakikatnya BN ada alasannya membina genting tersebut kerana di buat untuk bukan islam akan tetapi apa alasan mereka pula.

Khalid Ibrahim telah meluluskan pembinaan di hub perjudian ini dan tiada apa-apa yang dapat dibuat oleh rakyat Hulu Selangor untuk membendung perkara ini dimana azhar idrus yang selama ini mengatakan pemimpin yang makan hasil judi adalah kerajaan setan.

PAS kata membangun bersama Islam tapi mahukah bersekongkol dengan perosak nama islam ini juga malah mereka membantah tapi di mana kekuatan suara pas untuk mempertahan islam dalam pakatan jelasnya pas hanya kuda tunggangan dap dan pkr sahaja harap maklom.

Tapi PAS Hulu Selangor turut membantah pembinaan pusat judi ini. Lihat SINI.akan tetapi siapa pas untuk menentukan dasar pakatan rakyat

Sudahlah pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah ditolak mentah-mentah.

Bangunan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dirobohkan di Hulu Selangor.

Sekarang, Hub Perjudian Lumba Kuda pula DILULUSKAN oleh kerajaan negeri.

Hancur Selangor kalau PKR terus dibiarkan memerintah mana taknya jika genting di buat bukan di kawasan penempatan terutama bukan kawasan melayu dan tentunya di khaskan hanya orang bukan islam boleh masuk kedalam kasino tersebut namun mampu kah khalid dan pentaksubnya menjilat ludah mereka dahulu yang memainkan isu genting ini dulu.

jom ikut pm baca info yang sahabat bloger pm ni nak kongsikan jadi mari baca komen2 beliau di bawah ini-

Asas bagi mana-mana pusat perjudian,  pusat jual arak, pembekal arak, peminum arak dan sebagainya hukumnya tetap sama di dalam Islam iaitu haram. Tidak ada satu pendapat dan pandangan daripada para ulama yang mengharuskan, melainkan pengikut hawa nafsu (ahlu ahwa’).
Cuma kita ‘relate’ di zaman Nabi S.A.W, apabila turunnya firman Allah S.W.T, yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala, patung, tilik nasib ialah merupakan perkara-perkara yang jijik dan merupakan perbuatan serta amalan syaitan, maka jauhilah ia.”(surah Al-Maidah, ayat 90)
Turunnya ayat ini telah membatalkan hukum-hukum ayat yang lalu di dalam isu arak secara khususnya kerana pengharaman arak ini mempunyai beberapa peringkat. Peringkat yang pertama, Allah SWT jelaskan keburukan arak. Pada arak dan judi ada manfaat dan dosa, tetapi dosanya lebih besar daripada manfaat keatas keduanya. Kemudian ayat yang seterusnya, firman Allah SWT maksudnya;
“Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu dekati solat sedang kamu berada dalam keadaan yang mabuk sehingga kamu sedar apa yang kamu perkatakan.” (surah an-Nisa’, ayat 43)
Ayat ini menunjukkan bahawasanya jika kita berada di luar solat, ketika itu dibenarkan mabuk. Kemudian datang ayat yang ketiga seperti yang saya bacakan tadi, firman Allah SWT bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman,sesungguhnya arak, judi, berhala, patung, tilik nasib ialah merupakan perkara-perkara yang jijik dan merupakan perbuatan serta amalan syaitan, maka jauhilah ia.” (surah Al-Maidah, ayat 90)
Menurut Abdullah bin Abbas r.a, ketika ayat ini turun, maka dipecahkan kendi-kendi arak di dalam bandar Madinah. Sehinggakan kata Ibn Abbas, Madinah itu dibanjiri dengan arak.
Walau bagaimanapun itu adalah bagi umat Islam. Ketika Nabi SAW mengadakan perjanjian piagam Madinah dengan golongan Yahudi dan Nasrani, ianya mempunyai 47 syarat undang-undang. Nabi SAW membiarkan orang Yahudi dan Nasrani meminum arak di dalam kawasan mereka, tetapi tidak dibenarkan meminum arak di kawasan Madinah serta orang kita dilarang pergi kesana. Ini kerana mereka mempunyai tuntutan kehidupan mereka. Jadi Nabi SAW  pada ketika itu memberi ruang kepada mereka.
Lesen dijadikan Isu Politik
Isu ini sebenarnya telah menjadi isu politik kerana pada hari ini orang yang bercakap tentang isu ini semuanya tidak kena bagi pihak masing-masing. Orang yang memberi komen tentang pusat perjudian Genting ini sebenarnya negeri mereka pun ada. Mereka juga mengeluarkan lesen arak di kedai-kedai arak di negeri mereka.
Jawapan daripada isu ini ialah sebenarnya lesen itu diberikan atas asas ianya untuk golongan-golongan non-Muslim sahaja. Pada zaman Nabi isu perlesenan itu tidak wujud lagi, tetapi pada zaman Nabi kebenaran yang Nabi beri itu adalah lesen. Di sini bukan bermaksud Nabi mengeluarkan lesin arak. Nabi memberi keizinan khusus untuk golongan kuffar.
Jadi penyelesaiannya umat Islam ialah kita perlu kembali mempraktikkan cara Nabi SAW. Kita tidak boleh menghalang golongan kuffar kerana mereka berada bersama-sama di dalam Negara kita ini. Mereka bukanlah kafir harbi, tetapi mereka adalah kafirzimmi, kafir mustaqmal, kafir , salah satu daripada ketiga-tiga ini. Zimmi adalah kafir yang membayar ufti kepada kita, lalu dia mendapat perlindungan daripada kita sedang dia duduk di tempat lain. Contonya di Selatan Thai, suatu hari mereka merdeka lalu mereka membayar ufti kepada kita dan kita menjaga keselamatan tempat dan kawasannya. Jika sekiranya mempunyai orang kafir di situ, kita wajib menjaganya. Sabda Nabi SAW, mafhumnya;
“Siapa yang membunuh orang kafir yang telah mengikat perjanjian (mu’ahid) dengan pemerintahan muslimin, ia tidak dapat mencium bau harum syurga, padahal bau harum syurga itu dapat dicium dari jarak empat puluh tahun.” (riwayat al-Bukhari)
Begitu juga kafir mu’ahad yang dia masuk ke dalam Negara kita, dia mempunyai perjanjian iaitu jika kita masuk Negara mereka, mereka tidak boleh mengganggu kita begitu juga jika mereka masuk Negara kita, maka kita tidak akan ganggu mereka. Seperti orang kafir masuk ke dalam Negara kita, walaupun kita tahu dianya daripada Israil, Yahudi, Amerika serta jahat bagaimanapun, tetapi dia masuk dengan passport yang di cop kastam pas masuk, maka haram sama sekali kita menyakitinya.
Kafir yang ketiga musta’man iaitu kafir yang negaranya berperang datang meminta pertolongan daripada kita, maka kita dianjurkan memberi pertolongan dan perlindungan kepadanya dan haram jika kita menyakitinya di dalam keadaan tersebut. Mereka mempunyai hak-hak mereka, bukan beerti kita memberi lesen tetapi untuk memenuhi hak-hak dan keperluan mereka.
Masalahnya yang berlaku sekarang, saya yakin lesen ini tidak diberikan kepada orang Islam tetapi orang Islam yang memberi arak. Bagaimana berlakunya perkara ini? Kita perlu muhasabah diri. Kita perlu bersyukur kepada Allah SWT apabila di dalam Negara ini kerajaan mengharamkan iklan-iklan arak itu di iklan secara terbuka. Begitu juga kita perlu muhasabah diri setiap individu serta diri kita sendiri. Sebenarnya merekalah yang membantu untuk memajukan  lagi perniagaan arak.
Bagi pihak pemimpin dan pemerintah bagi mana-mana negeri, pusat dan sebagainya, mereka perlu memikirkan bagaimana hendak mewujudkan satu pengasingan yang bersifat sistematik.
Sekarang dia mempunyai banyak tempat contoh diKuala Lumpur seperti di Hartamas, Wangsa Maju dan sebagainya. Jadi bagaimana hendak menyatukan ia menjadikan satu tempat. Isu arak bukanlah satu isu yang kecil. Ianya satu isu besar yang perlu kita fikirkan bagaimana cara kita untuk menanganinya bersama. Jangan jadikan ia isu politik kerana apabila jadikan ia sebagai isu politik, orang akan menyalahkan parti-parti politik. Perkara ini tidak akan selesai dengan segara.
Jadi mari kita fikirkan bersama-sama, bersatu padu kita atas kepentingan agama kita, bagaimana kita hendak menangani dan menyelesaikan tentang isu ini. Ini barulah kita bersatu atas dasar akidah dan atas dasar prinsip, bukan kerana kepentingan. Ini adalah isu umat Islam, bukannya isu parti. Yang meminum arak dan bermain judi ialah pelbagai parti. Semua parti terlibat sama. Ianya bukanlah dasar parti tetapi orang-orang yang tidak bertanggungjawab di dalam parti tersebut.
Jadi kita perlu muhasabah. Jika kita benar-benar ingin membuat atas asas agama, maka kita boleh lakukannya. Tetapi jika kerana politik, ianya tidak akan selesai sampai bila-bila kerana semua orang akan bercakap atas kepentingan masing-masing.

Pen berkarat dalam perut wanita

TAIPEI: Doktor yang melakukan X-ray ke atas seorang wanita yang mengalami sakit perut sejak enam bulan lalu terkejut apabila menemui sebatang pen di dalam perutnya.
Shing Fang, 20, menjalani pemeriksaan di hospital di Taipei selepas mengalami sakit perut yang berpanjangan sehingga menyebabkan dia tidak boleh makan.
Malah Shing turut disahkan menghadapi kemurungan selepas doktor gagal mencari punca penyakitnya.
Apabila doktor melakukan endoskopi – memasukkan kamera melalui mulut hingga ke perutnya, mereka menemui objek panjang berkarat.
Selepas gambar yang diambil oleh doktor dengan melakukan X-ray, mereka terkejut mendapati objek itu pen.
Tanpa berlengah, Shing dibedah untuk mengeluarkan objek berkenaan.
Shing bernasib baik kerana jika dibiarkan lebih lama ia boleh menyebabkan kematian.
Wanita itu berkata, dia tidak ingat pernah tertelan pen itu.
Bagaimanapun, Shing mengaku dia mungkin tertelan pen itu ketika mabuk semasa meraikan keputusan peperiksaannya. – Agensi

Jangan percaya FB Datin Maimunah boleh tolong dapat kerja – JPM

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengingatkan orang ramai tidak terpedaya dengan laman sosial Facebook menggunakan nama samaran Datin Maimunah yang mendakwa boleh membantu mendapatkan kerja dalam perkhidmatan kerajaan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat JPM, orang ramai yang berminat bekerja dalam sektor awam hanya boleh mengemukakan permohonan hanya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
“Sebarang pengisian jawatan dalam perkhidmatan awam tidak menggunakan pihak ketiga mahupun mengenakan sebarang bayaran.
“Garis panduan permohonan pengisian kekosongan jawatan adalah berdasarkan Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2014 yang jelas menyatakan bahawa sebarang pengisian dalam perkhidmatan awam tidak menggunakan pihak ketiga mahupun mengenakan sebarang bayaran,” jelas kenyataan itu.
Pemakluman itu dibuat berikutan aduan yang diterima JPM berkenaan penipuan yang dilakukan seorang individu melalui akaun Facebook yang didaftarkan atas nama ‘Datin Maimunah’, mengaku kononnya boleh membantu mendapatkan pekerjaan dalam perkhidmatan kerajaan.
Datin Maimunah turut mengaku bekerja di JPM dan boleh membantu untuk mendapatkan pekerjaan dalam perkhidmatan kerajaan dengan mengenakan bayaran sebanyak RM750 seorang, menurut JPM.
JPM berkata, laporan polis telah dibuat semalam bagi mengelak penipuan itu berterusan selain memastikan tiada individu yang boleh menyalahgunakan nama jabatan berkenaan untuk mengelirukan orang ramai.
Kata kenyataan itu lagi, orang ramai yang berminat untuk bekerja dalam sektor awam boleh membuat permohonan kepada SPA secara dalam talian dengan melayari laman sesawang SPA di http://www.spa.gov.my.
Sehubungan itu, mereka dinasihat membuat urusan permohonan perjawatan dengan SPA secara terus.
Sebarang pertanyaan permohonan boleh dikemukakan kepada SPA di talian 03-80056000 atau Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bagi kementerian, jabatan atau agensi yang berkenaan di talian 03-80008000. – Awani

Tulis lucah berang disaman

GEORGETOWN: Berang kerana cubaannya merasuah anggota polis tidak dilayan, seorang lelaki bertindak biadab apabila menurunkan tandatangan dengan menulis perkataan lucah pada surat saman dikeluarkan terhadapnya atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.50 pagi di Batu Feringghi, di sini, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan dua anggota polis selepas mendapati dia tidak berhenti ketika lampu isyarat sedang merah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Mazlan berkata, kedua-dua anggota polis terbabit sudah membuat laporan di Balai Polis Batu Feringghi, kelmarin, berhubung tindakan biadab lelaki berkenaan.-HM

Saya cuma mahukan bandar raya ini cantik – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR – “Saya ada terbaca kata-kata kesat yang dilemparkan kepada saya, saya ingin maklumkan bahawa itu bukan niat saya.
“Saya harap masyarakat faham masalah sebenarnya. Saya mahukan bandar raya ini cantik dan bersedia untuk mendengar dan meminda apa-apa yang patut,” kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Menerusi laman facebooknya, beliau memberi reaksi bahawa kenyataannya berhubung isu gelandangan telah disalah tafsir serta diberi persepsi berbeza dengan niat asalnya.

Jelas Ahli Parlimen Putrajaya itu, beliau tidak pernah menghalang usaha murni badan-badan bukan kerajaan (NGO) atau orang perseorangan untuk membantu golongan fakir miskin.

Sebaliknya beliau hanya mahu menjadikan bandaraya Kuala Lumpur lebih bersih dan bersedia mendengar sebarang cadangan dan meminda peraturan yang perlu bagi menjadikan ibu negara Malaysia ini lebih baik daripada sebelumnya.

Tengku Adnan juga bersedia untuk memberi penjelasan kepada orang ramai yang telah tersalah tafsir kenyataan beliau.

Menyentuh mengenai kenyataan beliau yang melarang orang ramai memberi derma kepada pengemis, Tengku Adnan berkata, maksud sebenarnya adalah derma tersebut sepatutnya diberikan kepada saluran yang betul seperti pusat zakat, masjid atau rumah-rumah ibadat mengikut kepercayaan masing-masing.

Ini katanya bagi memastikan bahawa sumbangan tersebut dapat diagihkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

“Kebanyakan pengemis tepi jalan ini merupakan bukan rakyat Malaysia. Kita dapat tangkap, kita dapat laporan.

“Ada juga pengemis ini yang duduk di Federal Hotel. Ini pengemis dari China,” katanya.

Rabu, 2 Julai 2014

Khalid kena terima kekalahan

KUALA SELANGOR – Ketua PKR Cabang Kuala Selangor, S Manikavasagam menyifatkan desakan supaya kiraan atau pemilihan semula dibuat bagi cabang itu ekoran kekalahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai tidak perlu.
“Tiada sebab lagi nak adakan pemilihan semula, malah tiada unsur sabotaj pun seperti yang didakwa,” tegasnya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sudah memberi penjelasan berhubung insiden bekalan elektrik terputus yang berlaku ketika pengiraan kertas undi peringkat MPP berlangsung.
“Saya ingin tegaskan ketika blackout itu berlaku, petugas tengah kira kertas undi peringkat MPP yang memutuskan penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan calon Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin kalah di sini.
“Mereka bukannya tengah kira kertas undi untuk Cabang Kuala Selangor. Kalau betul ada sabotaj, pastinya ketika itu undian terhadap Azmin dan Zuraidah berubah,” katanya ketika mengulas dakwaan Setiausaha Politik Menteri Besar, Azman Abidin yang mengatakan wujud unsur sabotaj ketika pemilihan semula.
Penjelasan itu disokong wakil calon, A Steven dan wakil pemerhati, Norahim Tengol yang turut menjelaskan situasi sebenar ketika isu ‘blackout’ berlaku dan tindakan telus JPP meminta semua petugas mengosongkan bilik pengiraan sehingga bekalan elektrik pulih.
Manikavasagam turut membantah sekeras-kerasnya mana-mana desakan yang mahu pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor dibuat semula.
“Jika ada desakan, kami akan bantah. Begitu juga dengan pengiraan semula kerana pada proses akhir pengesahan undian, wakil calon mereka sudah setuju dan tandatangan borang 14 yang catat keputusan undian.
“Khalid kena terima kekalahan dan kena usaha lagi. Lepas tiga tahun boleh datang balik dan bertanding di sini,” katanya pada sidang media di Pejabat PKM Dun Bukit Melawati, semalam.
Sebelum ini, Azman akui bersedia menyahut cabaran JPP untuk membuat aduan berhubung wujud elemen sabotaj ketika proses pengiraan undi Cabang PKR Kuala Selangor.
Beliau turut menolak untuk proses kiraan semula sebaliknya mendesak supaya pemilihan cabang itu dilakukan sekali lagi.
21 Jun lalu, Adun Pelabuhan Klang itu tewas dengan hanya memperolehi 515 undi berbanding Manikavasagam 701 undi pada pemilihan, manakala keputusan rasmi pemilihan itu dimaklumkan Rabu lalu.
Sementara itu, Manikavasagam meminta pihak-pihak tertentu yang mendesak Abdul Khalid melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor supaya semua akur dengan keputusan Pusat.
“Saya tak nafikan ramai desak Khalid lepaskan jawatan. Saya pun menyokong tapi itu bergantung kepada keputusan pimpinan Pusat (jawatan MB).
“Kalau orang tanya siapa pilihan paling layak, pasti saya pilih Azmin sebab beliau bos ‘saya’,” katanya sambil berseloroh ketika diminta komen calon yang sesuai menggantikan Abdul Khalid.

Isu UMCEDEL dan kaitannya dengan Anwar

DR. REDZUAN OTHMAN
APABILA terpapar berita bahawa Pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Redzuan Othman kononnya diminta meletakkan jawatan sebagai pengarah penyelidikan, pasti tidak ramai orang Malaysia yang bersungguh untuk mengetahui kebenaran di sebalik perkembangan itu. Kebanyakannya hanya bergantung kepada maklumat atau komen-komen dalam media sosial serta portal berita untuk mengutuk kerajaan dalam isu tersebut.
Redzuan dan UMCEDEL menjadi popular selepas Perdana Menteri, Najib Razak menafikan hasil satu kajian yang dijalankan pusat itu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013. Kajian itu menyebut bahawa Pakatan Rakyat mempunyai manifesto yang lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN). Ramai juga yang mengkritik penafian BN ketika itu. Persoalannya, takkanlah semudah itu kajian tersebut membuat kesimpulan sedemikian?
Jawapannya, ya. Memang semudah itu. Professor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman bukanlah pakar penyelidikan sosial. Kepakaran beliau hanyalah dalam bidang Sejarah dan Politik Timur Tengah, Kefahaman Islam dan Ketamadunan Islam di Malaysia. Kalau itulah kesnya, kenapa pula Redzuan dilantik mengepalai UMCEDEL?
Untuk memahami perkara itu, kita perlu kembali kepada hari ketika Professor Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon dilantik sebagai Naib Canselor UM yang ke-10 (2008-2013). Dr. Ghauth dan Redzuan diketahui adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim yang mempunyai agenda menyebar sentimen anti kerajaan dalam kalangan pelajar dan kakitangan UM. Redzuan, yang pernah berjuang dalam ABIM bersama Anwar, adalah orang tengah antara Anwar dan pemimpin UM yang pro-Anwar. Malah, bukan lagi menjadi rahsia bahawa Redzuan telah diminta membatalkan forum menggandingkan anak Anwar, Nurul Izzah dan Datuk Saifuddin Abdullah. Namun, Redzuan bertindak angkuh meneruskan forum berkenaan, menunjukkan ketidakpatuhannya terhadap peraturan.
Awal tahun ini, calon Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, Zaid Ibrahim mendakwa ada campur tangan Anwar dalam keputusan kajian UMCEDEL di Kajang yang menunjukkan kononnya rakyat kawasan itu menyambut baik cadangan untuk menjadikan Anwar sebagai Menteri Besar selain menafikan pandangan bahawa pengundi Kajang menyifatkan pilihan raya itu membazir wang rakyat.
Hari ini, Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Abdul Rahmad Dahlan mengatakan bahawa kajian UMCEDEL adalah berat sebelah selain mempertikaikan integriti pusat tersebut. Selain mempersoalkan kaedah sampel dan saiz sampel yang digunakan, Abdul Rahman mencetuskan perdebatan hangat di Twitter berhubung kredibiliti UMCEDEL termasuk dengan pemimpin DAP seperti Liew Chin Tong dan Ong Kian Ming.
Hakikatnya begini. Selain kelemahan aspek teknikal dan metodologi dalam kajian UMCEDEL, hasil kajiannya juga cacat kerana pusat itu mempunyai hubungan dengan Anwar dan bekerjasama untuk ‘brainwash’ pelajar dan kakitangan UM supaya membenci kerajaan. Untuk menjalankan kajian politik sebegini, penyelidik atau pusat itu sendiri sepatutnya bebas dari kepentingan mana-mana parti politik.
Berdasarkan kiraan itu, UMCEDEL tidak sewajarnya membenarkan Redzuan menjalankan kajian berkenaan kerana kaitannya dengan Anwar. UMCEDEL telah dimanipulasi oleh seorang ketua yang menggigit tangan yang memberinya makan. Dengan cara itu, UMCEDEL dilihat cuba membentuk pemikiran publik melalui hasil kajian yang dimanipulasi supaya pengundi cenderung mengundi Pakatan Rakyat pada 2013.
Amat jelas, terdapat plot yang disusun oleh Anwar untuk menggugat kestabilan kerajaan melalui siri pembohongan yang dilakukan orang seperti Redzuan serta laman-laman web. Apa yang kerajaan lakukan sekarang ialah untuk mencegah daripada ‘kanser pembohongan’ daripada terus berleluasan. Justeru, wujud kewajaran moral untuk meminta Redzuan meletak jawatan, lebih-lebih lagi kerana penyelidikannya yang meragukan dan tidak boleh dipercayai.
Oleh itu, jangan mudah membuat kesimpulan awal terhadap perkara yang anda baca, terutamanya apabila ia mempunyai kaitan dengan Anwar. Selalulah berfikir di luar kotak setiap kali membaca artikel. Uji ketepatan dan kebolehpercayaan sesuatu bahan berita sebelum menyalahkan kerajaan.
Selepas semua ini, kini anda lihat kaitannya dengan Anwar? Sebarkan!
Huan Cheng Guan
Presiden Pusat Kesedaran Politik Malaysia.